Skip to main content

PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN
DAN KERJAYA MASYARAKAT INDIA

TAHUN 2023

 

BIL PROGRAM ORGANISASI PERUNTUKAN CATATAN
1. Program Teknikal Drone Operations & Data Services (DOD) SG Education Group RM1,483,500.00 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran pengendalian dron kepada 150 orang belia India B40 selama 21 hari di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang dan Kuala Lumpur. Peserta akan memperoleh persijilan kompetensi dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan penempatan pekerjaan selama setahun dengan gaji permulaan RM3,000.00. Nota: Senarai Pelajar dalam proses pengemaskinian.
2. Electrified Automation Advancement Programme (EAAP) SG Education Group RM2,875,000.00 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran perkhidmatan sistem diagnosis hibrid (EV) kepada 250 orang belia India B40 selama 21 hari di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Peserta akan memperoleh persijilan dari Institue of the Motor Industry (IMI), UK berserta Siemens City & Guilds Tahap 2 dan penempatan pekerjaan selama setahun dengan gaji permulaan RM3,000.00. Nota: Senarai Pelajar dalam proses pengemaskinian.
3. Program Bantuan Komputer Riba (Refurbished) Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) CloudSpace (Google For Education) RM2,994,000.00 Program ini bertujuan untuk memberi 6,000 unit laptop refurbished kepada 525 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh Malaysia. Nota: Senarai SJKT dalam proses pengemaskinian.
4. Program Bantuan Bayaran Yuran Pengajian Kursus Penyelenggaraan Pesawat CAAM Part 66 – Category A1 Allied Aeronautics Training Centre Sdn Bhd RM506,428.82 Program ini bertujuan untuk membantu bayaran yuran pengajian Kursus Aircraft Maintenance Technicians (CAAM Part 66 Category A1) kepada 32 belia yang menjalani kursus di Allied Aeronautics Training Centre Sdn. Bhd.
5. Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS) MITRA 3.0 Tiga (3) Dewan Perniagaan RM2,074,950.00 Program ini bertujuan untuk memberi bantuan peralatan perniagaan kepada 375 penjaja/ homeprenuers dari (Pulau Pinang, Negeri Sembilan & Johor) dijalankan secara kerjasama dengan dewan/persatuan perniagaan seperti berikut: Dewan Perniagaan Dan Perindustrian India Johor (RM691,650.00) Dewan Perniagaan Dan Perindustrian India Negeri Sembilan (RM691,650.00) Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Kaum India Malaysia Pulau Pinang (RM691,650.00)Col26:Col26Col46:Col46
6. Program Licensed Aircraft Maintenance Technicians (LAMT) Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WASSB) RM6,000,000.00 Program ini bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada 100 belia dari seluruh negara bagi mendapatkan persijilan/ lesen Licensed Aircraft Maintenance Technicians (CAAM PART 66 CATEGORY A1/A3).
7. Program-Program di bawah kategori Ekonomi dan Latihan Kerjaya 107 Organisasi RM19,029,325.01 Senarai Permohonan Kategori Ekonomi & Latihan Kerjaya
8. Program Pembangunan Kelestarian Remaja Bawah 12 Tahun 2023 (Junior Award School Scheme) International Youth Centre Kuala Lumpur RM283,868.00 Program ini bertujuan untuk membimbing 500 kanak-kanak B40 di 20 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) dalam meningkatkan kecekapan dan minat dalam aktiviti kokurikulum dan juga akademik. Program akan dilaksanakan di Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang. Peserta akan memperoleh perkara seperti berikut: Sijil Antarabangsa Friends of The Award (FOTA), United Kingdom; dan Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) peringkat 1 (Kebangsaan) oleh KPM.
TAHUN 2022

 

BIL PROGRAM ORGANISASI PERUNTUKAN CATATAN
1. Kursus Pendandan Rambut Profesional Dhass Skills Academy (M) Sdn. Bhd. RM94,089.60 Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran pendandan rambut kepada 30 peserta. Program akan diadakan di Dhass Skills Academy, Batu Caves, Selangor. Tempoh program adalah selama 21 hari. Peserta program akan memperoleh Kit Permulaan, Sijil Akademi dan On The Job Training (OJT). Modul-modul kursus adalah seperti berikut: Jenis Alatan dan Peralatan Gunting Rambut Hubungan Pelanggan Teknik Menggunting Rambut Kemahiran Asas Mencukur Ciri-ciri Tukang Gunting Rambut yang Profesional Penyelenggaraan dan Kebersihan *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
2. Program Latihan Penjagaan Kuku Bracelian Beauty & Bridal Academy RM187,940.00 Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran berkaitan penjagaan dan perhiasaan kuku kepada 125 peserta. Program akan diadakan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Tempoh program adalah selama 5 hari. Peserta akan memperoleh Kit Permulaan, Mobile Nail Salon dan Sijil Akademi. Modul-modul program adalah seperti berikut: Teori Asas Kuku Teori dan Amali Asas Manicure Reka Bentuk Seni Kuku Teknik Sambungan Kuku Asas *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
3. Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) Teknikal Motosikal Mototech Skills Academy (M) Sdn. Bhd. RM200,800.00 Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran berkaitan motosikal kepada 25 peserta. Program ini menyediakan Sijil Kemahiran Tahap 1,2 dan 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program diadakan di Mototech Skills Academy, Sungai Buloh, Selangor. Tempoh program adalah selama 12 hari. Modul-modul program adalah seperti berikut: Pembaikan dan Penyelenggaraan Motosikal Suntikan Bahan Api Elektronik & Diagnostik Motosikal Elektrik & Elektronik Motosikal *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
4. Program Horizontal Directional Drilling (HDD) Omtera Academy RM243,400.00 Program ini bertujuan untuk latihan kemahiran berkaitan penggerudian arah mendatar kepada 80 peserta. Program ini menyediakan Sijil dari DCI dan NOCN. Program diadakan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Johor. Tempoh program adalah selama 10 hari. Modul-modul program adalah seperti berikut: Teori dan Praktikal Latihan Kerja *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
5. Program Latihan Kemahiran Kerjaya dan Keusahawanan Myskills Foundation RM294,600.00 Program latihan kemahiran kerjaya berserta keusahawanan adalah salah satu program membentuk laihan kemahiran transformasi holistik (model latihan berasaskan residensi penuh) yang bertujuan untuk menampung keperluan transformasi 40 remaja berisiko tinggi. Program ini dilaksanakan di Kampus MySkills, Kalumpang, Selangor. Peserta akan memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
6. Program Pembangunan Kelestarian Remaja Bawah 12 Tahun Yayasan Pusat Belia Antarabangsa RM262,926.00 Program ini bertujuan untuk membimbing 450 kanak-kanak B40 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil SJK(T) luar bandar dalam meningkatkan kecekapan dan minat dalam aktiviti kokurikulum dan juga akademik. Program akan dilaksanakan di Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Melaka dan Johor. Peserta akan memperoleh perkara seperti berikut: Sijil Antarabangsa Friends of The Award (FOTA), United Kingdom; dan Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) peringkat 1 (Kebangsaan) oleh KPM. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
7. Hybrid Digital Entrepreneurs Development Skills Marvin Choice Resources RM111,888.00 Program ini untuk memberi latihan kemahiran pembangunan kepada 200 usahawan digital dalam bidang pemasaran dan jualan dalam talian di kalangan usahawan India B40. Program ini akan dilaksanakan di Negeri Sembilan dan Johor. Modul program seperti berikut: Alat Pemasaran Digital; Instragram Marketing; Tik Tok Marketing; Facebook Marketing; Youtube Marketing; Whatsapp Marketing; Digital Business; Database Collection; E-mail Marketing; dan Editing Software. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
8. Safety & Health Officer (SHO) Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) RM2,454,624.00 Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 300 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan. Program akan dilaksanakan selama 30 hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut: Selangor; Johor; dan Pulau Pinang *Program Inisiatif MITRA
9. Occupational Safety and Health Coordinator (OSH) Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) RM693,864.00 Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 200 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan. Program akan dilaksanakan selama sembilan (9) hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut: Selangor; Johor; dan Pulau Pinang *Program Inisiatif MITRA
10. OSH Train the Trainers Competency Program Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) RM773,640.00 Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 200 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan. Program akan dilaksanakan selama 10 hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut: Selangor; Johor; dan Pulau Pinang *Program Inisiatif MITRA
11. Safe Operation of High Pressure Water Jetting Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) RM589,086.00 Program ini akan memberikan pendedahan, kesedaran, pengetahuan, dan kemahiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP). Seramai 150 belia melalui program ini akan menerima sijil pertaulihan dari NIOSH beserta penempatan pekerjaan. Program akan dilaksanakan selama sembilan (9) hari di tiga (3) buah negeri seperti berikut: Selangor; Johor; dan Pulau Pinang *Program Inisiatif MITRA
12. Office Automation Knowledge Expert Intelligence Sandbox (M) Sdn Bhd RM63,072.00 Program ini untuk memberikan latihan mengenai penggunaan Microsoft Office 365 khususnya Microsoft Excel dalam penganalisisan data dan automasi data yang akan memenuhi permintaan yang diperlukan oleh industri. Seramai 25 belia melalui program ini akan menerima Pensijilan Microsoft Office Specialist. Program akan dilaksanakan selama 10 hari di Kelana Jaya, Selangor. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
13. Remote Pilot Certificate Of Competency (RCOC-B) SG Akademi RM258,876.00 Program ini adalah untuk memberi latihan kemahiran pengendalian teknologi dron dan persijilan Remote Pilot Certificate of Competency (RCoC-B) kepada 30 belia. Program akan dilaksanakan selama 10 hari di Kuala Lumpur dan Johor. Peserta program akan memperoleh persijilan seperti berikut: Persijilan RCoC-B; Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Dron Tahap 2; dan Persijilan City & Guilds. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
14. Program Bantuan Lesen Pemandu Lori GDL Akademi P.S. Samy Sdn. Bhd. RM200,000.00 Program ini adalah untuk memberi latihan kepada 100 orang berumur 21 tahun dan ke atas atau 58 tahun ke bawah (B40) dalam mendapatkan lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi. Program akan dilaksanakan di Selangor. Berikut merupakan tawaran pakej program: Pakej A: Lesen GDL + Lesen E-Full ; Pakej B: Lesen GDL + Lesen E-Full + Lesen Treler (Bersendi); Pakej C: Kelas Tambahan Lesen E-Full; dan Pakej D: Kelas Tambahan Lesen Treler (Bersendi). *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
15. Program Teknologi Asas Penternakan Lebah Madu Golden Bees Empire RM264,702.60 Program ini adalah untuk memberi latihan penternakan lebah dan keusahawanan kepada 50 orang yang berumur 18 tahun ke atas atau 59 tahun ke bawah (B40) di Sepang, Selangor dan Johor Bahru, Johor. Peserta akan memperoleh perkara seperti berikut: Kit Permulaan (Bee Hive); dan Handholding selama lima (5) bulan. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
16. Sijil Profesional Dalam Program Perniagaan Hartanah Optramal Sdn. Bhd. RM140,162.40 Program ini adalah untuk memberi latihan sebagai agen hartanah kepada 50 belia. Peserta akanb memperoleh persijilan Negotiator Certification Course (NCC) yang diiktiraf oleh Malaysian Institute of Estate Agents. Peserta akan melalui latihan kelas, kerja lapangan dan On The Job Training (OJT) di Selangor dan Kuala Lumpur. Program akan dilaksanakan selama tujuh (7) hari di MAHSA Avenue International College, Kuala Lumpur. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
17. Cadetship Diploma in Nautical Studies Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd RM3,410,850.00 Program adalah untuk melahirkan 30 para pelaut yang berpotensi untuk memenuhi permintaan guna tenaga mahir dan memenuhi keperluan industri maritim negara. Program akan dilaksanakan selama secara fizikal maksimum lima (5) tahun di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka termasuk latihan industri di laut. Para pelajar yang berjaya tamat latihan akan menerima persijilan berikut: Diploma in Nautical Studies; Certificate of Competency as Officer in Charge of Navigational Watch; dan 14 Sijil Modular lain-lain seperti berikut: Basic Safety Training (MBT); Security Awareness Training (MPA); Person Designated with Duties Training (MSD); Medical First Aid (MMFA); Advance Fire Fighting (MAFF); GMDSS General Operator Certificate (GOC); Proficiency in Survival Craft & Rescue Boat (MSCR); Radar Navigation & Plotting (MRN); ARPA Operation (MAR); Electronic Navigation Aids; Electronic Chart Display Information System (ECDIS); 5 day Bridge Resource Management (BRM); Basic Training for Oil and Chemical (MBOC); dan Basic Training for Liquefied Gas Tanker (MBLGT). *Program Inisiatif MITRA
18. Cadetship Diploma in Marine Engineering Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd. RM3,336,420.00 Program adalah untuk melahirkan 30 para pelaut yang berpotensi untuk memenuhi permintaan guna tenaga mahir dan memenuhi keperluan industri maritim negara. Program akan dilaksanakan selama secara fizikal maksimum lima (5) tahun di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka termasuk latihan industri di laut. Para pelajar yang berjaya tamat latihan akan menerima persijilan berikut: Diploma in Marine Engineering; Certificate of Competency as Officer in Charge of Navigational Watch; dan Sembilan (9) Sijil Modular lain-lain seperti berikut: Basic Safety Training (MBT); Security Awareness Training (MPA); Person Designated with Duties Training (MSD); Medical First Aid (MMFA); Advance Fire Fighting (MAFF); Proficiency in Survival Craft & Rescue Boat (MSCR); vii. Engineroom Resource Management (ERM); Basic Training for Oil and Chemical (MBOC); dan Basic Training for Liquefied Gas Tanker (MBLGT). *Program Inisiatif MITRA
19. Program Latihan Kemahiran Bidang Maritim - Deck Ratings dan Engine Ratings Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd. RM2,184,700.00 Program adalah untuk melahirkan 100 kakitangan terlatih yang akan melaksanakan fungsi kakitangan sokongan di atas kapal dagang. Program akan dilaksanakan selama secara fizikal selama 10 bulan di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Terdapat dua (2) kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut: Kursus Deck Ratings Seramai 50 peserta akan dianugerahkan dengan Sifil Able Seafarers Deck (ASD) diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran. Kursus Engine Ratings Seramai 50 peserta akan dianugerahkan dengan Sijil Able Seafarers Engine (ASE) diiktiraf oleh Jabatan Laut Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 daripada Jabatan Pembagunan Kemahiran. Kesemua pelajar dari kedua-dua kursus juga akan menerima enam (6) Sijil Modular seperti berikut: Basic Training for Liquefied Gas Tanker (MBLGT); Basic Training (JLM); Personal Awareness (JLM); MSecurity Duties (JLM); Basic Oil and Chemical Tanker (JLM); dan Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training. *Program Inisiatif MITRA
20. Program Kejuruteraan Teknologi Injection Moulding (Polimer) SKM Tahap 2 Ukiran Maksima Sdn. Bhd. RM297,500.00 Program adalah untuk melahirkan 25 tenaga kerja dalam bidang kejuruteraan teknologi Injection Moulding. Program akan dilaksanakan secara fizikal selama 12 bulan di Johor Bahru, Johor. Peserta program akan memperoleh persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
21. Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor RM4,758,600.00 Program ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi penjaja India B40 melalui pemberian bantuan peralatan atau perkakasan bergantung kepada perniagaan yang diusahakan. Program ini mensasarkan kepada semua penjaja India B40 (Dewasa). *Program Inisiatif MITRA
22. Program Sijil Kejurulatihan Taekwondo Pusat Latihan & Kejurulatihan Taekwondo WTF RM226,296.00 Program ini adalah untuk memberi latihan seni mempertahankan diri kepada 20 belia sebagai jurulatih dengan pengiktirafan bertauliah dan kelayakan latihan taekwondo bagi Sijil Kejurulatihan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN Tahap 1). Program akan dilaksanakan selama 120 hari di Selangor. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
23. Program Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik (PJE/ Chargeman) & Pencantum Kabel Bertauliah TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. RM2,042,420.80 Program ini bertujuan untuk memberikan latihan dan persijilan bertauliah Suruhanjaya Tenaga bagi pekerjaan PJE dan Pencantum Kabel. Seramai 90 golongan dewasa akan menjalani program secara fizikal selama dua (2) tahun di tiga (3) buah negeri seperti berikut: ILSAS Cawangan Bangi, Selangor; ILSAS Cawangan Malim Nawar, Perak; dan ILSAS Cawangan Kulai, Johor. *Program Inisiatif MITRA