Skip to main content

PROGRAM PEMBANGUNAN
MODAL INSAN MASYARAKAT INDIA

TAHUN 2023
BIL PROGRAM ORGANISASI PERUNTUKAN CATATAN
1. Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Bagi Pelajar India B40 Di Universiti Awam dan Swasta Bank Simpanan Nasional Bank Simpanan RM20,000,000.00 Pelaksanaan Subsidi Bantuan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Bagi Pelajar India B40 mensasarkan seramai 10,000 pelajar Universiti Awam dan Swasta semester 2023/2024. Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan subsidi secara one-off sebanyak RM2,000 seorang. Senarai Pelajar Nota: Senarai baki pelajar masih dalam proses pengemaskinian.
2. Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) Yang Berdaftar Dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tadika (Permohonan) RM10,595,600.00 Pelaksanaan Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta (Tamil) mensasarkan seramai 4,500 kanak-kanak India B40. Subsidi bernilai RM 200.00 sebulan meliputi yuran bulanan RM150.00 dan kos makanan RM50.00 untuk 12 bulan. Senarai Tadika
Senarai Murid-Murid
3. Program Ariviyal Ainthiram (Pemerkasaan Literasi STEM Untuk Murid Sekolah Tamil Di Malaysia) Malaysian Biotechnolgy Information Centre (MABIC) RM698,227.00 Program Ini Bertujuan Untuk Mengedarkan The Petri Dish (Buletin Sains dalam Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris) sebanyak 11 terbitan setiap dua (2) bulan di 525 SJKT dan Dua (2) pertandingan “Who Wants To Be A Scientist” yang mensasarkan 1,000 murid-murid SJKT Darjah 4, 5 & 6 akan dianjurkan sebagai kaedah penilaian program. Program ini adalah bersifat jangka panjang selama dua (2) tahun.
4. Program-Program di bawah kategori Pendidikan dan Pengajian Tinggi 39 Organisasi RM4,185,345.36 Senarai Permohonan Kategori Pendidikan dan Pengajian Tinggi
TAHUN 2022

 

BIL PROGRAM ORGANISASI PERUNTUKAN CATATAN
1. Program Bantuan Kewangan One-Off kepada pelajar India B40 yang menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda dan Diploma di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2021 Bank Simpanan Nasional RM 3,250,000.00 Program Bantuan Kewangan secara One-Off untuk pelajar India B40 yang telah menerima tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dari IPTA, 2021. Ijazah Sarjana Muda – RM1000.00 Pengajian Diploma – RM500.00 *Program Inisiatif MITRA
2. Program Bantuan Kewangan One-Off Pelajar IPTA 2022/2023 Bank Simpanan Nasional RM 5,000,000.00 Bank Simpanan Nasional
3. Program latihan kemahiran bidang maritim – ‘SKM Level 3 Ratings Program for Both Deck and Engine Department’ Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd. RM765,948.48 Program latihan kemahiran SKM Tahap 3 untuk 96 pelajar India B40. Para pelajar yang berjaya tamat latihan akan menerima Sijil-sijil berikut: Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (JPK) Sijil Kelasi (Dek atau Enjin) Sijil Modular Basic Training (JLM) Sijil Modular Personal Awareness (JLM) Sijil Modular Security Duties (JLM) Sijil Modular Basic Oil and Chemical Tanker (JLM) Sijil Basic Offshore Safety Induction and Emergency Training *Program Inisiatif MITRA
4. Program Pemberian Meja Dan Kerusi Kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (Sekolah Bantuan Kerajaan) BTIS Manufacturer RM3,841,229.00 Program ini bertujuan untuk membekalkan bantuan meja dan kerusi kepada 303 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) (Sekolah Bantuan Kerajaan). Meja: 15,723 unit dengan kos seunit RM164.00 berjumlah RM2,578,572.00 Kerusi: 15,983 unit dengan kos seunit RM79.00 berjumlah sebanyak RM1,262,657.00 *Program Inisiatif MITRA
5. Program Kelas Bimbingan Pra Sekolah 2022/2023 5 Organisasi RM13,068,862.00 Program ini bertujuan untuk membiayai pendidikan pra sekolah kanak-kanak India B40 yang berumur antara 4 hingga 6 tahun (5,164 kanak-kanak) dengan geran peruntukan sebanyak RM13,068,862.00. Selain pembiayaan yuran persekolahan, bantuan berkenaan juga adalah termasuk pemberian buku dan lembaran kerja, starter kit (pakaian seragam dan alat tulis) serta subsidi bagi penyediaan sarapan pagi untuk kanak-kanak B40 berkenaan. Peruntukan ini disalurkan kepada 5 Organisasi seperti berikut: Persatuan Guru Tadika Zon Utara Semenanjung Malaysia Bil. Pra Sekolah: 80 buah Bil. Murid: 1,965 kanak-kanak Kos: RM4,957,773.60 Pertubuhan Pusat Pembangunan Kanak-Kanak Cemerlang Bil. Pra Sekolah: 43 buah Bil. Murid: 1,167 kanak-kanak Kos: RM2,944,387.68 Child Information, Learning And Development Centre (CHILD) Bil. Pra Sekolah: 65 buah Bil. Murid: 1,276 kanak-kanak Kos: RM3,219,399.04 Pertubuhan Tadika-Tadika Swasta (DLS) Bil. Pra Sekolah: 14 buah Bil. Murid: 460 kanak-kanak Kos: RM1,171,758.00 Pertubuhan Prasekolah Malaysia Bil. Pra Sekolah: 12 buah Bil. Murid: 296 kanak-kanak Kos: RM775,543.68 *Program Inisiatif MITRA
6. Program Rekonstruksi Kata Nama Terbitan & Pengedaran Dadu Gergasi Imbuhan Pak21 & Buku Mari Mengenali Alomorf Bahasa Melayu Melalui Teknik Gad Pertubuhan Tulir Malaysia RM267,183.36 Program adalah untuk memberi pendedahan kepada guru tentang pengajaran dan pembelajaran kata nama terbitan dalam bentuk inovasi selaras dengan perkembangan minda murid berdasarkan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seramai 200 guru dari 99 SJK(T) di Selangor akan mengikuti program ini. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
7. Bantuan Perabot Kelengkapan Sekolah SJKT Ladang Bukit Ijok Nigata Furnitures Supplies RM240,288.00 Bantuan ini adalah untuk menyediakan perabot dan kelengkapan asas yang lain kepada SJKT Ladang Bukit Ijok. SJKT ini merupakan sekolah yang siap dibangunkan namun tidak boleh beroperasi kerana tiada kelengkapan perabot dan kelengkapan asas yang lain. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
8. Program Kluster Katering & Sajian Dan Kluster Perniagaan & Keusahawan Kolej Komuniti Kota Tinggi RM28,654.00 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran dalam bidang katering dan sajian serta keusahawanan kepada 20 wanita di Kota Tinggi. *Program Inisiatif MITRA
9. Program Literasi Kewangan Kanak-Kanak Pertubuhan Impact Malaysia RM297,043.20 Program ini bertujuan untuk mengajar literasi kewangan kepada 960 murid-murid SJK(T) kawasan luar bandar seperti berikut: 5 SJK(T) Sg. Siput, Kuala Kangsar dan Kinta Utara di Perak dengan bilangan peserta seramai 400 orang; dan 7 SJK(T) di Selangor (Gombak, Petaling dan Klang) dengan bilangan peserta seramai 560 orang. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
10. Program Literasi Komputer Persatuan Wanita Dan Keluarga India Jempol, Negeri Sembilan RM82,663.20 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran penggunaan komputer kepada 100 belia di Negeri Sembilan seperti berikut: Bahau; Rompin; Palong; dan Ladang Geddes. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
11. Program Kluster Jahitan & Pakaian Dan Kluster Perniagaan & Keusahawan Kolej Komuniti Kota Tinggi RM30,514.00 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran dalam bidang jahitan pakaian serta keusahawanan kepada 15 wanita di Kota Tinggi. *Program Inisiatif MITRA
12. Program Pembangunan Pemain Skuasy Handal Kelab Wawasan Skuasy Puchong RM81,000.00 Program ini adalah untuk memberi memberi pendedahan asas, pengetahuan dan pengalaman dalam sukan skuasy kepada 20 kanak-kanak dari SJKT Telok Panglima Garang dan SJKT Puchong Batu 14, Selangor. Program ini akan dijalankan selama 10 bulan di MAHSA International School, Selangor. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
13. Rising Stars With Digital Video & Audio Editing People Prowess Sdn.Bhd RM154,700.00 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas dalam bidang penyuntingan video dan audio kepada 75 orang golongan belia (berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun). Program akan dilaksanakan di tiga (3) buah lokasi seperti berikut: Port Klang, Selangor; Seremban, Negeri Sembilan; dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
14. Pemberian Dana Tambahan bagi Kelengkapan Asas Dewan Sekolah SJKT Mak Mandin Lembaga Pengelola Sekolah SJKT Mak Mandin RM100,000.00 Pemberian bantuan dana tambahan kepada SJKT Mak Mandin, Pulau Pinang untuk penyediaan kelengkapan asas di Dewan SJKT Mak Mandin.
15. Program Memperkasakan Pendidikan Rukun Negara Dan Kemahiran Jom Urus Diri Untuk Murid-Murid Prasekolah India B40 Ri-Cop Sales & Services RM37,040.00 Program ini bertujuan untuk percetakan sebanyak 5,400 modul Rukun Negara serta penterjemahan dan percetakan 5,400 modul Jom Urus Diri (versi Bahasa Tamil) kepada 5,164 orang murid yang berumur di antara empat (4) hingga enam (6) tahun daripada golongan B40 masyarakat India serta 214 orang guru prasekolah.
16. Bolasepak – Transformasi Belia Ke Arah Jati Diri Kelab Rekreasi Delima Kluang, Johor RM70,000.00