Skip to main content

SOCIAL DEVELOPMENT PROGRAM AND WELFARE, SPIRITUALITY AND WELL-BEING OF INDIAN SOCIETY

TAHUN 2024
BIL PROGRAM ORGANISASI PERUNTUKAN CATATAN
1. Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA Bank Simpanan Nasional RM7,998,000.00 Pemberian bantuan subsidi kepada 600 masyarakat India golongan B40 dan M40 yang menghidap penyakit buah pinggang untuk mengurangkan beban kewangan yang dihadapi dalam mendapatkan rawatan dialisis. Pesakit akan menerima bantuan sebanyak RM13,330.00 yang akan dimasukan terus dalam akaun bank pesakit.
2. Program Bantuan Sinar Cahaya MITRA Yayasan Kebajikan Negara RM15,499,915.00 Program jangka pendek serta berbentuk solusi pantas ini adalah untuk membantu meringankan beban 14,331 masyarakat India yang terjejas disebabkan kejutan kesihatan yang merosot atau kejutan ekonomi. Inisiatif ini dapat membantu mengurangkan beban dan memberi impak yang positif dalam membantu meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat India.
3. Program Cybersafe® In Schools Cybersecurity Malaysia RM3,705,675.00 Program ini bertujuan untuk untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber kepada 80,000 murid-murid India di 300 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan di 200 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
TAHUN 2023

 

BIL PROGRAM ORGANISASI PERUNTUKAN CATATAN
1. Program Pembangunan Sosioekonomi Bersasar Pusat Khidmat Ahli Parlimen RM7,190,542.00 Program ini bertujuan untuk memberi peruntukan sebanyak RM100,000.00 kepada 72 Pusat Khidmat Rakyat Parlimen untuk melaksanakan program pembangunan sosioekonomi komuniti India di parlimen tersebut.  Senarai Parlimen
2. Program Bantuan Subsidi Dialisis MITRA Pusat Dialisis (Permohonan) RM8,372,892.00 Bantuan dialisis ini adalah untuk pesakit buah pinggang berbangsa India dengan kos rawatan sebanyak RM9,600 seorang pesakit untuk tempoh setahun (12 bulan).  Senarai Pusat Dialisis 2023
3. Program Pembasmian Miskin Tegar MITRA Untuk Ahli Isi Rumah (Air) Berbangsa India Di Wilayah Persekutuan Bank Simpanan Nasional (BSN) RM8,247,958.00 Solusi pantas ini bertujuan memberi bantuan kepada 1,845 Ahli Isi Rumah di Wilayah Persekutuan untuk menampung perbelanjaan asas keluarga.
4. Program-Program di bawah kategori Kebajikan dan Kesejahteraan Sosial 56 Organisasi RM5,865,615.64 Senarai Permohonan Kategori Kebajikan dan Kesejahteraan Sosial
TAHUN 2022

 

BIL PROGRAM ORGANISASI PERUNTUKAN CATATAN
1. Program Bakul Prihatin MITRA 2022 Mydin Mohamed Holdings Bhd RM4,620,000.00 Sebuah bakul bantuan MITRA mengandungi 9 jenis barangan runcit, pelitup muka dan kit kesihatan ujian kendiri COVID-19 yang mencukupi untuk diberikan kepada 30,000 penerima keluarga India B40. Kos sekotak adalah sebanyak RM138.50 dan kos pembungkusan dan penghantaran bagi sekotak adalah sebanyak RM15.50. Senarai barangan adalah seperti di bawah: Beras (1 unit x 10kg) Tepung Gandum (1 unit x 1kg) Sardin (2 unit x 425gm) Gula (1 unit x 1kg) Biskut (2 unit x 368gm) Bihun (2 unit x 400gm) Susu Pekat (2 unit x 500gm) Teh (2 unit x 40gm) Minyak masak (1 unit x 5kg) Pelitup muka 3 plymask (20 helai) Kit Ujian Pengesanan COVID-19 Kendiri (5 unit) *Program Inisiatif MITRA
2. Program Subsidi Dialisis MITRA 2022 Sai Ananda Foundation RM820,800.00 Program ini bertujuan untuk memberi bantuan subsidi dialisis kepada 30 orang pesakit dialisis di Batu Caves, Selangor dengan kos per individu sebanyak RM190.00 selama 12 bulan (144 sesi rawatan). *Program Inisiatif MITRA
3. Program Subsidi Dialisis MITRA 2022 Yayasan St John Ambulans Malaysia RM3,420,000.00 Program ini bertujuan untuk memberi bantuan subsidi dialisis kepada 125 orang pesakit dialisis di Perak, Selangor dan Melaka dengan kos per individu sebanyak RM190.00 selama 12 bulan (144 sesi rawatan). *Program Inisiatif MITRA
4. Program Subsidi Dialisis MITRA 2022 NSCMH Dialysis Care RM1,166,400.00 Program ini bertujuan untuk memberi bantuan subsidi dialisis kepada 45 orang pesakit dialisis di Negeri Sembilan dengan kos per individu sebanyak RM180.00 selama 12 bulan (144 sesi rawatan). *Program Inisiatif MITRA
5. Program Peningkatan Jati Diri & Keselamatan Diri Pelajar Perempuan Kelab Taekwondo Changlun Star (WTF) RM57,550.00 Program ini bertujuan memberikan latihan teknik mempertahankan diri. Program akan diadakan di IKBN, JITRA, Kedah. 100 murid-murid (perempuan) golongan B40 dari SJKT dan Sekolah Menengah Kebangsaan akan mempelajari kesemua 12 teknik. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
6. Program Pemerkasaan Kerohanian Komuniti India B40 Badan Pentadbir Hindu Devasthanam Bidor Perak RM86,940.00 Program ini bertujuan untuk mengalakkan komuniti India menyertai kelas-kelas kebudayaan dan keagamaan. Program akan diadakan di Bidor, Perak. Seramai 150 orang untuk semua lapisan umur akan menyertai program ini selama 50 minggu. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
7. Program Pembangunan Kendiri Kanak-Kanak B40 Aarudhra Indian Arts Association (ARIAA) RM68,536.80 Program ini bertujuan untuk mengalakkan golongan kanak-kanak menyertai dalam seni tarian klasik. Program akan diadakan di Jasin dan Kubu, Melaka. Seramai 40 kanak-kanak yang disasarkan untuk menyertai program ini selama 50 hari. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
8. Kursus Keusahawanan Penjagaan Post Natal & Neo Natal (Confinement Care) LK Ayurveda Research Training Academy (M) Sdn Bhd RM172,843.20 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas dalam bidang penjagaan post natal dan neo natal kepada 100 orang golongan wanita India B40 selama lima (5) hari. Program akan dilaksanakan di empat (4) lokasi seperti berikut: Batu Caves, Selangor; Shah Alam, Selangor; Lumut, Perak; dan Seberang Jaya, Pulau Pinang. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
9. Program Empowering Women Entrepreneur In Pastry & Baking Through E-Commerce & Digital Marketing KLA Consultancy Sdn Bhd RM156,610.80 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas dalam bakeri dan pastri kepada 60 orang golongan wanita India B40 selama lima (5) hari. Program akan dilaksanakan di Kings College, Kuala Lumpur secara fizikal dan secara dalam talian. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
10. Program Latihan Pastri Belia & Wanita India Yayasan Pembangunan Sosial RM273,515.00 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas pastri kepada 50 orang golongan wanita India B40 selama 15 hari. Program akan dilaksanakan di Accelskill Academy, Melaka. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
11. Kursus Pembuatan Bakeri & Pastri Mega International Systematic Training Academy Sdn. Bhd. RM77,007.00 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas bakeri dan pastri kepada 30 orang golongan wanita India B40 selama tujuh (7) hari. Program akan dilaksanakan di dua (2) lokasi di Kinta, Perak seperti berikut: Crew Skills International Culinary School of Asia; dan Fantastic Pastry Academy. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
12. Program Pemeriksaan Kesihatan MITRA 2022 Untuk Golongan B40 India Persatuan Guru Besar SJKT Kebangsaan RM21,000.00 Program ini bertujuan untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada 100 orang India B40 selama tujuh (7) hari. Program akan dilaksanakan di Seremban, Negeri Sembilan. *Program Inisiatif MITRA
13. Program Pembelajaran Kesenian Muzik Tradisional India - Chembada Melam (Chenda) Ramdarshan Music Academy RM98,636.40 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran permainan alat muzik Chembada Melam kepada 25 orang India B40 selama 12 bulan. Program akan dilaksanakan di Johor Bahru, Johor. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
14. Kursus Pemerkasaan Diri Komuniti India B40 Pertubuhan Penganut Vethathiri Sky Manavalakalai Malaysia RM24,224.40 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas yoga kepada 100 orang berumur antara 14 tahun hingga 30 tahun India B40 selama 12 minggu di Seremban, Negeri Sembilan. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
15. Program Pembangunan Usahawan Wanita (Kursus Masakan Manisan Tradisional India) Persatuan Pembangunan Komuniti Perak RM57,000.00 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran asas masakan manisan tradisional kepada 50 orang golongan wanita India B40 selama lima (5) hari di Ipoh, Perak. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA
16. Kursus Kemahiran Jahitan JSS Tailoring Akademi RM261,154.80 Program ini bertujuan untuk memberi latihan kemahiran jahitan kepada 50 orang golongan wanita India B40 selama 30 hari di Ipoh, Perak. *Program ini daripada permohonan Geran Kewangan MITRA