Skip to main content

Kunjungan Hormat MARDI Corporation Sdn Bhd Kepada Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA

04 September 2024
PUTRAJAYA, 3 September 2024 - YB Tuan Prabakaran, Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA telah menerima kunjungan hormat daripada MARDI Corporation iaitu YBrs. Tuan Haji Norhalim Sirome, Pengerusi MARDI Corporation dan Encik Mohamad Zamir Ghazali, Pengarah Urusan MARDI Corporation.
Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk melihat potensi kerjasama MITRA bersama MARDI Corporation dalam meningkatkan penglibatan masyarakat India dalam industri pertanian.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Prabagaran Ganapathy, Ketua Pengarah MITRA dan Encik Saravanan Gogarajah, Pengarah Seksyen Ekonomi dan Kerjaya, MITRA.