Skip to main content

Kunjungan Hormat MITRA ke atas KSU KESUMA

10 Disember 2024
KESUMA, Putrajaya | Selasa, 10 Disember 2024
 
Pada hari ini, Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, menerima kunjungan hormat MITRA bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan komuniti India Malaysia.
 
Pertemuan ini membincangkan inisiatif kebajikan, latihan, dan pembangunan modal insan, dengan KSU menegaskan komitmen kementerian terhadap usaha inklusif dan mampan. Sesi ini mengukuhkan hubungan KESUMA dan MITRA untuk manfaat rakyat dan negara.