Skip to main content

Berita

Kunjungan Hormat MITRA ke atas KSU KESUMA

KESUMA, Putrajaya | Selasa, 10 Disember 2024
 
Pada hari ini, Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, menerima kunjungan hormat MITRA bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan komuniti India Malaysia.
 
Pertemuan ini membincangkan inisiatif kebajikan, latihan, dan pembangunan modal insan, dengan KSU menegaskan komitmen kementerian terhadap usaha inklusif dan mampan. Sesi ini mengukuhkan hubungan KESUMA dan MITRA untuk manfaat rakyat dan negara.
 
  • Hits: 710

Kunjungan Hormat KP MITRA ke Jabatan Statistik

𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 | 17 September 2024
Kunjungan Hormat YBrs. Tuan Prabagaran A/L Ganapathy, Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan delegasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dalam mengukuhkan kerjasama strategik dan sinergi antara DOSM dan MITRA, JPM selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Tujuan kunjungan hormat oleh MITRA, JPM adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat DOSM dalam penyelarasan profiling data yang berkaitan dengan masyarakat India di Malaysia.
Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memperkukuhkan Sistem Statistik Negara
  • Hits: 667

Lawatan Tapak Program Kampung Santuni Madani Port Dickson

7 SEPTEMBER 2024, NEGERI SEMBILAN - Lawatan Tapak bagi Program Kampung Santuni MADANI di Kampung India, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program ini adalah bertujuan meningkatkan potensi
kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di kampung tersebut.
  • Hits: 607

Kunjungan Hormat MARDI Corporation Sdn Bhd Kepada Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA

PUTRAJAYA, 3 September 2024 - YB Tuan Prabakaran, Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas MITRA telah menerima kunjungan hormat daripada MARDI Corporation iaitu YBrs. Tuan Haji Norhalim Sirome, Pengerusi MARDI Corporation dan Encik Mohamad Zamir Ghazali, Pengarah Urusan MARDI Corporation.
Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk melihat potensi kerjasama MITRA bersama MARDI Corporation dalam meningkatkan penglibatan masyarakat India dalam industri pertanian.
Turut hadir bersama YBrs. Tuan Prabagaran Ganapathy, Ketua Pengarah MITRA dan Encik Saravanan Gogarajah, Pengarah Seksyen Ekonomi dan Kerjaya, MITRA.
  • Hits: 618