SISTEM PENGURUSAN GERAN MITRA

Cabaran semasa Masyarakat India Malaysia

Kepentingan pendidikan memang tidak dapat disangkal; orang yang mendapat pendidikan yang berkualiti secara umumnya mempunyai peluang hidup yang lebih besar, pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik. Pendidikan meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Ia juga sangat penting dalam membawa kepada keterangkuman sosial, ekonomi, dan politik. Pendidikan khususnya sangat penting untuk mempertingkatkan status sosioekonomi kumpulan B40. Walaupun banyak yang telah dicapai dalam akses kepada pendidikan, taraf pendidikan keseluruhan dalam kalangan masyarakat India Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan. Oleh itu, cabarannya adalah memastikan kanak-kanak dan belia India di Malaysia diberi peluang yang sama rata untuk membina dan mempraktikkan pengetahuan serta latihan kemahiran.

Kriteria Program

Syarat-syarat Wajib

  • Diperbadankan di bawah ROS / KBS / ROC / KKM /KPM atau Koperasi.
  • Ahli Jawatankuasa mesti mempunyai pengalaman minimum sebanyak 3 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Nilai kemanusiaan dan latihan pembentukan peribadi mesti digabungkan di dalam modul program.
  • Program mesti dijalankan oleh ahli sendiri di mana sukarelawan dan khidmat luaran adalah dilarang sama sekali.
  • Sekiranya sesebuah entiti itu pernah menerima dana dari SEDIC sebelum ini, prestasi NGO / organisasi tersebut akan diambil kira dalam proses penilaian.

»More»

 

Syarat-syarat Pilihan

  • Berpengalaman dalam menganjurkan aktiviti di peringkat kebangsaan, negeri atau tempatan (mengikut keperluan), dengan kefahaman yang mendalam mengenai komuniti yang diberi khidmat.
  • Memahami isu-isu kumpulan sasaran yang dituju.
  • Mengekalkan hubungan baik dengan pihak berkepentingan dalam kawasan keutamaan untuk memastikan kejayaan program.
  • Peka terhadap isu-isu semasa dan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan berkaitan dengan pendidikan.
  • Memberi khidmat kaunseling, bimbingan dan latihan kemahiran untuk “mengikat” peserta untuk mencapai matlamat mereka.
  • Mempunyai pelatih dan penceramah yang berpendidikan tinggi dan pegawai-pegawai yang profesional seperti guru berpengalaman, pensyarah universiti dan pegawai dari jabatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

»Hide»

Bagaimana anda boleh membantu
  • Membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar India khususnya dalam meningkatkan kadar kelulusan UPSR, PT3 dan SPM.
  • Membantu dalam menganjurkan dan mengukuhkan kelas ICT di sekolah-sekolah di seluruh negara, terutamanya untuk pelajar dari keluarga B40 yang tidak mempunyai akses kepada penggunaan ICT di luar sekolah.

»More»

  • Membantu mengukuhkan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar agar mereka bersedia sepenuhnya untuk memasuki pendidikan arus perdana tanpa perlu menghadiri kelas pemulihan.
  • Membantu mengurangkan kadar keciciran pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.
  • Menyediakan kemudahan bimbingan awal yang berkaitan dengan latihan TVET dan latihan kemahiran khusus (berdasarkan keperluan industri) kepada pelajar India dari kumpulan pasca-PT3, pasca pendidikan menengah, kes keciciran dari sekolah serta pencapai rendah dalam pendidikan sebagai usaha menyediakan mereka untuk pekerjaan masa depan.
  • Bekerjasama dengan kementerian terpilih (contoh: MOE, untuk bertindak sebagai penyelaras strategik program dan pusat penyebaran maklumat di semua kolej, universiti, politeknik dan institusi pengajian tinggi lain untuk membuat hebahan mengenai peluang-peluang yang ada).
  • Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat India di Malaysia mengenai peluang pendidikan yang terdapat di institusi-institusi kerajaan.
  • Membantu komuniti India Malaysia terutamanya B40 yang mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mendapat pendidikan yang baik.
  • Menggalakkan kepentingan pendidikan dalam kalangan orang India Malaysia terutama untuk keluarga berpendapatan rendah.

»Hide»

Output & Hasil Program

Output

  • Bilangan pelajar India yang mendapat manfaat menerusi program pembinaan keupayaan, khidmat masyarakat dan seminar.
  • Peningkatan bilangan penyertaan belia dalam program seminar dan khidmat masyarakat.
  • Peningkatan bilangan pendaftaran kanak-kanak berumur 4, 5, 6 tahun dalam program prasekolah MITRA.

»More»

    • Peningkatan dalam prestasi pendidikan pelajar India dari SJKT.
    • Peningkatan dalam jumlah kemasukan pelajar India ke institusi-institusi pendidikan tinggi awam.

     

    Hasil

    • Pengurangan bilangan pelajar India dalam kelas pemulihan dan kes tatatertib di sekolah.
    • Kadar kemasukan pelajar India yang optimum ke institusi-institusi pengajian tinggi awam / swasta.
    • Pengurangan kadar keciciran pelajar-pelajar B40 India di peringkat sekolah rendah dan menengah.
    • Peningkatan kualiti hidup dalam kalangan belia India dengan pencapaian pendidikan yang tinggi.
    • Pengurangan penglibatan belia dan kanak-kanak dalam jenayah juvenil.
    • Peningkatan bilangan pengambilan pelajar India di semua kolej, universiti, politeknik, institut latihan TVET dan institusi pendidikan tinggi yang lain untuk mencapai sasaran minimum 10% seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.
    • Peningkatan taraf pendidikan masyarakat B40 India.
    • Mengurangkan jurang pencapaian dalam mata pelajaran UPSR, PT3 dan SPM dalam kalangan pelajar India di SK berbanding dengan rakan sebaya mereka di SJKT, dan SJKC.

»Hide»