PEJABAT KETUA PENGARAH

Vanakkam dan Salam Hormat,

Selamat datang ke Laman web baharu Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Apabila MITRA ditubuhkan pada 01 Januari 2019 menggantikan SEDIC, ia dipertanggungjawabkan bagi mereformasi dasar pembangunan sosioekonomi masyarakat India untuk berada seiring dengan masyarakat lain di Malaysia.

MITRA juga dizahirkan untuk merancang, membangun dan melaksana dasar malah memantau dan menilai kemajuan program bagi memastikan kesan limpahannya dapat meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat khususnya masyarakat India di Malaysia.

Di samping itu, MITRA juga meneruskan fungsi utama Kementerian Perpaduan Negara untuk merancang dan melahirkan pelan dan model pembangunan sosioekonomi bagi masyarakat India untuk memastikan pengagihan peruntukan pembangunan kementerian/agensi, penyelarasan kerjasama dan pemudah cara kepada pelbagai stakeholder mengenai isu-isu berkaitan sosioekonomi masyarakat India.

Laman web MITRA mengandungi pelbagai maklumat berkaitan dasar dan pelan pembangunan masyarakat India, termasuk dokumen serta maklumat yang berkepentingan awam.

Saya berharap maklumat yang dipaparkan di dalam Laman web ini bermanfaat untuk anda memahami proses perancangan pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia. Sejajar dengan komitmen MITRA untuk menjadi pusat perancangan pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini, kami berusaha gigih untuk memastikan maklumat yang dipaparkan di Laman web ini adalah terkini serta sentiasa meningkatkan tahap kualitinya seiring dengan keperluan semasa.

Kami sangat mengalu-alukan pandangan anda mengenai kualiti dan tahap kegunaan Laman web MITRA. Anda dijemput untuk menjadi tetamu dan melayari Laman web kami.

Tuan Mahalingam Maniam
Ketua Pengarah
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)

Kementerian Perpaduan Negara