MODAL INSAN

Bidang Pendidikan & Latihan

Cabaran semasa Masyarakat India Malaysia

Kepentingan pendidikan memang tidak dapat disangkal; orang yang mendapat pendidikan yang berkualiti secara umumnya mempunyai peluang hidup yang lebih besar, pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik. Pendidikan meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Ia juga sangat penting dalam membawa kepada keterangkuman sosial, ekonomi, dan politik. Pendidikan khususnya sangat penting untuk mempertingkatkan status sosioekonomi kumpulan B40. Walaupun banyak yang telah dicapai dalam akses kepada pendidikan, taraf pendidikan keseluruhan dalam kalangan masyarakat India Malaysia menunjukkan bahawa masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan. Oleh itu, cabarannya adalah memastikan kanak-kanak dan belia India di Malaysia diberi peluang yang sama rata untuk membina dan mempraktikkan pengetahuan serta latihan kemahiran.

 

  • Pendidikan Prasekolah
  • Pendidikan Sekolah Rendah
  • Pendidikan Sekolah Menengah
  • Pendidikan Tinggi
  • Pendidikan Khas & Latihan
  • TVET
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Fasiliti & Infrakstruktur
  • Pinjaman & Biasiswa Pendidikan

 

  • Memastikan prestasi kanak-kanak B40 dalam literasi dan numerasi serta pencapaian hasil UPSR dan SPM yang sekurang-kurangnya setara dengan purata kebangsaan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 30% peningkatan dalam pendaftaran dan graduasi dari institusi pengajian tinggi termasuk TVET dalam kalangan golongan muda B40 dalam masa 10 tahun akan datang.
  • Memastikan kanak-kanak India di Malaysia yang berumur 4-6 tahun menerima penjagaan kanak-kanak atau pendidikan awal yang sewajarya tanpa mengira status pendapatan dan dokumentasi dalam tempoh 5 tahun akan datang.
  • Memastikan jurang prestasi antara SJKT, SK dan SJKC dalam kadar literasi, numerasi pencapaian dalam mata pelajaran UPSR tertutup dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  • Memastikan jurang prestasi antara pelajar India dengan rakan sebaya mereka dalam PT3 dan SPM ditutup dalam masa 10 tahun akan datang.
  • Membolehkan dan memudahkan sekurang-kurangnya 10% pendaftaran pelajar India di semua kolej, universiti, politeknik dan institusi pengajian tinggi kerajaan tanpa menjejaskan syarat kemasukan dalam tempoh 10 tahun akan datang.