KEUSAHAWANAN & KERJAYA

Bidang Keusahawanan dan Kerjaya

Cabaran Semasa Masyarakat India Malaysia

Bagi merealisasikan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman masyarakat yang berbilang kaum, ketidaksamaan pendapatan dalam kalangan masyarakat India Malaysia mesti diperbaiki. Masyarakat India memerlukan pendedahan yang meluas terhadap program-program pemerkasaan bagi menghasilkan individu yang berkemahiran tinggi serta melahirkan usahawan baru agar dapat meningkatkan keupayaan keusahawanan sedia ada untuk menangani jurang ketidaksamaan kekayaan. Maka, pembangunan modal insan adalah  penting dalam menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ketersediaan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi adalah penting untuk menyokong peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan pengetahuan.

  • Peluang Pekerjaan
  • Kerjaya Masa Hadapan & Kemajuan Kerjaya
  • Pembangunan Ekonomi & Perniagaan
  • Rangkaian Perniagaan
  • Pinjaman Perniagaan
  • Geran & Pinjaman Modal bagi Perniagaan

 

 

  • Menutup jurang antara etnik dalam kadar pengangguran dalam tempoh 5 tahun akan datang dengan keutamaan kepada belia di bawah umur 30 tahun.
  • Memastikan dua kali ganda min dan median gaji bulanan isi rumah B40 dalam tempoh 5 tahun.
  • Meningkatkan bilangan syarikat berdaftar, syarikat milikan tunggal atau perusahaan separuh milik yang aktif oleh kaum India di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  • Meningkatkan bilangan syarikat yang dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya oleh kaum India Malaysia dalam perniagaan dan industri berpotensi tinggi dalam tempoh 10 tahun.
  • Mencapai peningkatan dalam min dan median pendapatan tahunan bagi perniagaan berdaftar yang dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya oleh kaum India di Malaysia dalam masa 10 tahun.
  • Meningkatkan aset / asas kekayaan isi rumah B40 dan M40 dalam masa 10 tahun.