KESEJAHTERAAN SOSIAL

Bidang Kesejahteraan Sosial

Dalam konteks pembangunan sesebuah negara, tahap kesejahteraan sosial yang stabil amat penting dalam komuniti untuk merealisasikan potensi kehidupan sosial mereka. Antara ukuran utama kesejahteraan sosial adalah kadar kemiskinan, kesejahteraan keluarga dan kerohanian serta pembentukan keperibadian individu. Kadar kemiskinan yang tinggi adalah satu cabaran yang dihadapi oleh masyarakat India B40 di mana 80% daripada isi rumah berpendapatan rendah terkesan olehnya. Ada segelintir golongan yang masih tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan. Akses kepada rumah mampu milik masih merupakan satu cabaran kepada mereka, di mana hanya segelintir mampu memiliki rumah sendiri berbanding dengan etnik lain. Selain itu, ketidakstabilan keluarga pula merupakan cabaran sosial yang dihadapi mereka. Berdasarkan Indeks Kesejahteraan Keluarga, masyarakat India mencatatkan pencapaian paling rendah dalam prestasi keibubapaan berbanding dengan etnik lain. Isu penempatan semula bekas pekerja ladang juga merupakan satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat India Malaysia. Tambahan lagi, kadar penglibatan jenayah seperti gangsterisme, alkoholisme dan penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat India terutamanya belia adalah di paras yang membimbangkan dan memerlukan intervensi sewajarnya. Aspek- aspek keagamaan, kerohanian dan kebudayaan turut memainkan peranan dalam membentuk keperibadian individu serta mewujudkan komuniti yang matang dan berdisiplin dalam menegakkan nilai-nilai kemanusiaan kepada semua lapisan masyarakat.

SYARAT-SYARAT WAJIB

  • Diperbadankan di bawah ROS / ROC
  • Ahli Jawatankuasa pelaksana program mesti mempunyai pengalaman minimum sebanyak 3 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Program mesti dijalankan oleh ahli sendiri di mana sukarelawan dan khidmat luaran adalah dilarang sama sekali.
  • Sekiranya sesebuah entiti itu pernah menerima dana daripada MITRA sebelum ini, pencapaian prestasi NGO / entiti tersebut akan diambil kira dalam proses penilaian.
  • Program yang mempunyai akreditasi atau pengiktirafan dari institusi yang layak menjadi nilai tambah dalam proses penilaian.Skop program haruslah berbentuk pengurusan masalah sosial, memenuhi keperluan hidup atau penyediaan peluang mobiliti sosial.
  • Program yang dicadangkan haruslah berimpak tinggi dan mampu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat India B40

SYARAT-SYARAT PILIHAN

  • Organisasi tersebut mestilah berpengalaman dalam melaksanakanprogram pembangunan sosial dan harus mempunyai reputasi serta keupayaan yang mantap dalam memahami isu-isu di kalangan kumpulan sasaran;
  • Organisasi tersebut mestilah berkebolehan dan berkeupayaan dalam melaksanakan program yang berkesan dengan mengurangkan masalah-masalah sosial di kalangan kumpulan sasaran ;
  • Organisasi tersebut mestilah dapat melaksanakan program atau projek yang komprehensif di peringkat nasional, negeri atau tempatan (berdasarkan skop dan matlamat program yang dicadangkan);
  • Organisasi tersebut mestilah mampu memberikan komitmen yang sepenuhnya supaya program dapat memberikan impak yang positif;
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO berkaitan (contohnya KPWKM, KBS, KPM) untuk menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan khususnya kepada golongan belia, ibu tunggal, warga emas, gelandangan dan golongan kurang upaya berdasarkan kepada isu-isu sosial yang asas di kalangan masyarakat B40 India;
  • Mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berkepentingan di setiap peringkat untuk menjamin pelaksanaan program yang berkesan;
  • Organisasi tersebut mestilah dapat menghebahkan maklumat program kepada kumpulan sasaran, iaitu masyarakat B40 India melalui jerayawara (roadshow), media cetak, radio, televisyen dan media sosial
  • Organisasi tersebut mestilah mempunyai maklumat terperinci mengenai kumpulan sasaran (isi rumah B40)yang terkandung di dalam skop program mereka serta mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap keperluan mereka.
  • Merancang dan melaksanakan program khidmat masyarakat yang berkaitan dengan kesejahteraan keluarga secara holistik – fizikal, emosi, kerohanian dan intelektual.
  • Merancang dan melaksanakan program pemantapan belia untuk remaja berisiko tinggi dan keciciran.
  • Merancang dan melaksanakan program kesedaran dan motivasi untuk mengelakkan penyalahgunaan bahan seperti dadah, alkohol dan tembakau.
  • Merancang dan melaksanakan program pemerkasaan wanita khususnya ibu tunggal.
  • Membantu dan memberi sokongan kepada warga emas, golongan kurang upaya dan gelandangan dalam mendapatkan bantuan kebajikan.
  • Merancang dan melaksanakan program pemeriksaan kesihatan dan kempen kesedaran kesihatan.
  • Merancang dan melaksanakan program perumahan untuk masyarakat B40 India di Malaysia.
  • Menyediakan platform agar masyarakat India dapat mempelajari ilmupengetahuan keagamaan, adat, kebudayaan dan seni masyarakat India termasuk sukan tradisional.

OUTPUT

  • Bilangan isi rumah masyarakat B40 India di Malaysia yang berjaya didaftarkan dalam pangkalan data e-Kasih.
  • Bilangan isi rumah masyarakat India Malaysia yang berjaya didaftarkan dalam jaringan keselamatan sosial yang ditubuhkan oleh kerajaan dan sektor swasta.
  • Bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam program intervensi alkohol dan penyalahgunaan dadah.
  • Bilangan remaja yang berjaya dibimbing supaya tidak terjebak dalam gejala sosial
  • Bilangan ibu tunggal, wanita, belia, orang kurang upaya, warga emas, gelandangan dan kanak-kanak dalam kalangan masyarakat B40 India yang mendapat manfaat melalui jaringan keselamatan sosial yang sedia ada dalam sektor kerajaan dan swasta.
  • Bilangan masyarakat India B40 yang menerima pemeriksaan kesihatan / rawatan perubatan.Peningkatan dalam bilangan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang mempelajari serta menghayati bahasa ibunda, adat, kebudayaan, seni dan sukan tradisional masyarakat India.

HASIL

  • Meningkatkan taraf hidup masyarakat India B40
  • Pengurangan kadar jenayah di kalangan masyarakat India, terutamanya dalam aspek penyalahgunaan dadah, gangsterisme dan alkoholisme.
  • Pengurangan bilangan kes penderaan, keganasan rumah tangga dan penceraian di kalangan masyarakat India.
  • Pengurangan bilangan kes keciciran sekolahdi kalangan pelajar India B40
  • Pengurangan kadar kemiskinan di kalangan masyarakat India B40.
  • Pengurangan kes kemurungan dan bunuh diri.
  • Peningkatan kadar pendaftaran perkahwinan dan dokumentasi yang sah
  • Peningkatan kualiti hidup keluarga, wanita tunggal dan orang kurang upaya di kalangan masyarakat India B40.
  • Pengurangan bilangan gelandangan di kalangan masyarakat India;
  • Peningkatan bilangan warga emas yang menerima perlindungan dan menjalani kehidupan yang sihat;
  • Meningkatkan penghayatan Individu terhadap kepentingan identiti diri, budaya dan agama;
  • Melahirkan golongan belia yang berbudi pekerti, berkaliber dan mampu menjadi agen transformasi di peringkat komuniti
  • Peningkatan keupayaan masyarakat India dalam aspek daya fikir, nilai-nilai kemanusiaan, keagamaan dan kerohanian yang dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian
  • Peningkatan usaha kerjasama antara kerajaan, badan swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pelaksanaan program serta pengoptimuman inisiatif sedia ada mahupun yang baru dalam pembangunan keluarga dan masyarakat India.