EKONOMI & KERJAYA

Ekonomi & Kerjaya

Fokus utama seksyen ini adalah ke arah penambahbaikan taraf kehidupan masyarakat India Malaysia sejajar dengan agenda pembangunan nasional. Inisiatif yang dirangka oleh Seksyen ini akan membolehkan lebih banyak masyarakat terlibat dalam bidang keusahawanan digital, menyesuaikan diri dengan persekitaran perniagaan yang terkini dan lebih bersedia untuk peluang pekerjaan baru.

Peluang Pekerjaan

Kerjaya Masa Hadapan & Kemajuan Kerjaya

Pembangunan Ekonomi & Perniagaan

Rangkaian Perniagaan

Pinjaman Perniagaan

Geran & Pinjaman Modal bagi Perniagaan

 

  • Menutup jurang antara etnik dalam kadar pengangguran dalam tempoh 5 tahun akan datang dengan keutamaan kepada belia di bawah umur 30 tahun.
  • Memastikan dua kali ganda min dan median gaji bulanan isi rumah B40 dalam tempoh 5 tahun.
  • Meningkatkan bilangan syarikat berdaftar, syarikat milikan tunggal atau perusahaan separuh milik yang aktif oleh kaum India di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
  • Meningkatkan bilangan syarikat yang dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya oleh kaum India Malaysia dalam perniagaan dan industri berpotensi tinggi dalam tempoh 10 tahun.
  • Mencapai peningkatan dalam min dan median pendapatan tahunan bagi perniagaan berdaftar yang dimiliki sepenuhnya atau sebahagiannya oleh kaum India di Malaysia dalam masa 10 tahun.
  • Meningkatkan aset / asas kekayaan isi rumah B40 dan M40 dalam masa 10 tahun.