KESEJAHTERAAN SOSIAL

Kesejahteraan Sosial

Seksyen ini berfungsi untuk menambahbaik sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga, etnik, agama, dan sosial di peringkat komuniti. Antara fungsi utama Seksyen ini adalah untuk meningkatkan peluang masyarakat India Malaysia khususnya yang dikategorikan sebagai B40 untuk mendapatkan bantuan dan sokongan kebajikan yang sedia ada. Kesejahteraan sosial merupakan faktor utama ke arah mencapai perpaduan dan kestabilan sosial, daya tahan dan kemakmuran masyarakat India Malaysia secara keseluruhan.

Perumahan Bagi Berpendapatan Rendah

Bantuan Kebajikan Bagi Golongan Isi Rumah B40

Pembasmian Isu Sosial Masyarakat India Malaysia

Kesihatan & Kesejahteraan

Fasiliti & Infrakstruktur

Bantuan Kewangan one-off

 

  • Meningkatkan pencapaian indeks kesejahteraan keluarga bagi masyarakat India Malaysia (Indeks Kesejahteraan Keluarga).
  • Memastikan bahawa isi rumah B40 yang jatuh di bawah garis kemiskinan didaftarkan dalam pangkalan data e-Kasih.
  • Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan peranan keluarga dan kesan keruntuhan institusi kekeluargaan dalam kalangan orang India Malaysia.
  • Memastikan keperluan asas diagihkan mengikut perancangan dan program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna.
  • Mengurangkan kadar penyalahgunaan bahan seperti dadah dan akohol.
  • Mengurangkan kes-kes penderaan, keganasan rumah tangga dan masalah keruntuhan institusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat India Malaysia.
  • Mengurangkan kes-kes pengabaian kanak-kanak dan warga tua dalam kalangan masyarakat India Malaysia.
  • Memastikan penerima manfaat diberi perlindungan keselamatan sosial yang berterusan.
  • Meningkatkan kerjasama dalam penglibatan komuniti melalui perhubungan sosial kejiranan dan sukarelawan.
  • Mengurangkan kadar gengsterisme dalam kalangan kaum India Malaysia khususnya belia India.
  • Memastikan penerima manfaat mengamalkan dan menjalani gaya hidup yang sihat.