SISTEM PENGURUSAN GERAN MITRA

Cabaran semasa Masyarakat India Malaysia

Kemiskinan adalah satu cabaran yang dihadapi oleh masyarakat B40 India di Malaysia di mana 80% daripada isi rumah berpendapatan rendah terkesan olehnya. Akses kepada rumah mampu milik masih merupakan satu cabaran kepada mereka, di mana hanya segelintir daripada mereka memiliki rumah sendiri berbanding dengan etnik-etnik lain. Tambahan kepada isu skim perumahan kos rendah, isu penempatan semula bekas pekerja ladang juga merupakan satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat India Malaysia. Selain itu, ketidakstabilan keluarga pula merupakan cabaran sosial yang dihadapi mereka. Berdasarkan Indeks Kesejahteraan Keluarga, masyarakat India Malaysia mencatatkan pencapaian paling rendah dalam prestasi keibubapaan berbanding dengan etnik-etnik lain. Di samping itu, ketiadaan kewarganegaraan (isu kerakyatan) menjadikannya lebih sukar bagi mereka untuk mendapatkan bantuan kebajikan daripada kerajaan.

Kriteria Program
  • Diperbadankan di bawah ROS / KBS / ROC / Koperasi.
  • Ahli Jawatankuasa mesti mempunyai pengalaman minimum sebanyak 3 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Nilai kemanusiaan dan latihan pembentukan peribadi mesti digabungkan di dalam modul program.

»More»

  • Program mesti dijalankan oleh ahli sendiri di mana sukarelawan dan khidmat luaran adalah dilarang sama sekali.
  • Sekiranya sesebuah entiti itu pernah menerima dana dari SEDIC sebelum ini, prestasi NGO / organisasi tersebut akan diambil kira dalam proses penilaian.

Syarat-syarat Pilihan

  • Organisasi tersebut mesti berpengalaman dalam menangani program pembangunan sosial dan mesti mempunyai reputasi dan keupayaan yang mantap dalam memahami isu-isu dalam kalangan kumpulan sasaran;
  • Organisasi tersebut mesti berkebolehan untuk melaksanakan program yang berkesan dalam mengurangkan masalah sosial dalam kalangan komuniti B40 India;
  • Organisasi tersebut mesti dapat melaksanakan program atau projek yang komprehensif di peringkat nasional, negeri atau tempatan (berdasarkan saiz dan matlamat program yang dicadangkan);
  • Organisasi tersebut mesti dapat memberikan komitmen terhadap kemampanan bagi program yang akan memberi kesan positif;
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO yang berkaitan (contohnya KPWKM, KBS, MOE) untuk menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan khususnya kepada belia, ibu tunggal, warga emas, gelandangan dan golongan kurang upaya berdasarkan kepada isu-isu sosial yang asas dalam kalangan masyarakat B40 India;
  • Organisasi tersebut mesti dapat menghebahkan maklumat kepada kumpulan sasaran, iaitu masyarakat B40 India melalui jerayawara (roadshow), media cetak, radio, TV dan / atau peluang kebajikan dan pembangunan sosial lain di sektor awam mahupun swasta; dan
  • Organisasi tersebut mesti mempunyai maklumat terperinci mengenai individu dan isi rumah B40 yang terkandung di dalam skop mereka serta mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap keperluan kumpulan sasaran.

»Hide»

Bagaimana anda boleh membantu
  • Merancang dan melaksanakan program khidmat masyarakat yang berkaitan dengan kesejahteraan keluarga.
  • Merancang dan melaksanakan program pemerkasaan untuk remaja yang berisiko.
  • Merancang dan melaksanakan program kesedaran untuk mengelakkan penyalahgunaan bahan seperti dadah, alkohol dan tembakau.

»More»

  • Merancang dan melaksanakan program intervensi untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kelakuan.
  • Merancang dan melaksanakan program pemerkasaan untuk ibu tunggal.
  • Membantu dan memberi sokongan kepada warga emas, golongan kurang upaya dan gelandangan dalam mendapatkan bantuan kebajikan.
  • Merancang dan melaksanakan program pemeriksaan kesihatan dan kempen kesedaran kesihatan.
  • Merancang dan melaksanakan program perumahan untuk masyarakat B40 India di Malaysia.
  • Merancang dan melaksanakan program khidmat masyarakat serta program ‘mencari dan membantu’ untuk meningkatkan pengenalpastian penduduk India B40 yang tidak bermastautin sehingga isu tersebut diselesaikan.

»Hide»

Output & Hasil Program

Output

  • Bilangan isi rumah masyarakat B40 India di Malaysia yang berjaya didaftarkan dalam pangkalan data e-Kasih.
  • Bilangan isi rumah masyarakat India Malaysia yang Berjaya didaftarkan dalam jaringan keselamatan sosial yang ditubuhkan oleh kerajaan dan sektor swasta.

»More»

  • Bilangan peserta yang mengambil bahagian dalam program intervensi alkohol dan penyalahgunaan dadah.
  • Bilangan ibu tunggal, wanita, belia, orang kurang upaya, warga emas, gelandangan dan kanak-kanak dalam kalangan masyarakat B40 India yang mendapat manfaat melalui jaringan keselamatan sosial yang sedia ada dalam sektor kerajaan dan swasta.
  • Bilangan pendaftaran perkahwinan dan dokumentasi sah dalam kalangan masyarakat India.
  • Bilangan wanita dalam kalangan masyarakat India yang menerima pemeriksaan kesihatan / rawatan perubatan.

 

Hasil

  • Menambahbaik secara sistematik taraf hidup komuniti B40 India di Malaysia.
  • Pengurangan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat India di Malaysia, terutamanya dalam penyalahgunaan dadah, gangsterisme, alkoholisme, dan kes bunuh diri.
  • Pengurangan bilangan kes penderaan dan keganasan rumah tangga dalam kalangan masyarakat India.
  • Pengurangan bilangan kes keciciran dalam kalangan pelajar B40 India di Malaysia.
  • Peningkatan kadar pendaftaran perkahwinan dan dokumentasi sah dalam kalangan masyarakat India.
  • Peningkatan kualiti hidup keluarga, wanita tunggal dan orang kurang upaya dalam kalangan komuniti B40 India di Malaysia;
  • Pengurangan bilangan gelandangan dalam kalangan masyarakat India;
  • Peningkatan bilangan warga emas yang menerima perlindungan dan menjalani kehidupan yang sihat;
  • Keperibadian yang lebih tinggi dalam kalangan pelajar dan belia.
  • Kerjasama antara kerajaan, swasta dan individu bukan B40 dengan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pelaksanaan program kebajikan sosial.
  • Peningkatan dalam kerjasama antara kerajaan, badan swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam pelaksanaan program serta pengoptimuman inisiatif sedia ada mahupun yang baru dalam pembangunan keluarga dan masyarakat India.

»Hide»