Pengenalan
Seksyen ini menekankan kepentingan pendidikan dan pembelajaran bagi semua segmen masyarakat, termasuk kanak-kanak, pelajar, remaja dan belia serta orang dewasa. Seksyen in berfungsi untuk memastikan pencapaian yang seimbang dalam pengetahuan, kemahiran serta nilai moral. Aspirasi pendidikan dan latihan adalah berlandaskan enam faktor termasuk etika dan kerohanian, kemahiran kepimpinan, identiti kebangsaan, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan.
Skop
- Pendidikan Prasekolah
- Pendidikan Sekolah Rendah
- Pendidikan Sekolah Menengah
- Pendidikan Tinggi
- Pendidikan Khas & Latihan
- TVET
- Pembelajaran Sepanjang Hayat
- Fasiliti & Infrakstruktur
- Pinjaman & Biasiswa Pendidikan
Aspirasi
- Memastikan prestasi kanak-kanak B40 dalam literasi dan numerasi serta pencapaian hasil UPSR dan SPM yang sekurang-kurangnya setara dengan purata kebangsaan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
- Memastikan sekurang-kurangnya 30% peningkatan dalam pendaftaran dan graduasi dari institusi pengajian tinggi termasuk TVET dalam kalangan golongan muda B40 dalam masa 10 tahun akan datang.
- Memastikan kanak-kanak India di Malaysia yang berumur 4-6 tahun menerima penjagaan kanak-kanak atau pendidikan awal yang sewajarya tanpa mengira status pendapatan dan dokumentasi dalam tempoh 5 tahun akan datang.
- Memastikan jurang prestasi antara SJKT, SK dan SJKC dalam kadar literasi, numerasi pencapaian dalam mata pelajaran UPSR tertutup dalam tempoh 10 tahun akan datang.
- Memastikan jurang prestasi antara pelajar India dengan rakan sebaya mereka dalam PT3 dan SPM ditutup dalam masa 10 tahun akan datang.
- Membolehkan dan memudahkan sekurang-kurangnya 10% pendaftaran pelajar India di semua kolej, universiti, politeknik dan institusi pengajian tinggi kerajaan tanpa menjejaskan syarat kemasukan dalam tempoh 10 tahun akan datang.