Pengenalan
Seksyen ini menyelia perancangan strategik, penggubalan dan kajian semula dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi komuniti India. Seksyen ini juga turut memberi input kepada pihak berkepentingan mengenai arah tuju MITRA dari segi inisiatif, projek dan program yang dijalankan oleh unit ini secara keseluruhannya.
Skop
- Perancangan Strategik
- Perancangan Polisi
- Penyelidikan & Pembangunan
- Audit & Tahap Kepatuhan
- Focal Point MITRA
- Urusan Pentadbiran
Aspirasi
- Menerajui penyelidikan yang tepat, relevan dan komprehensif untuk pembangunan aktiviti / program MITRA.
- Memastikan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India adalah inklusif menerusi kerjasama dan input daripada sektor-sektor yang berkaitan.
- Memastikan Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk tiga teras utama (Pembangunan Keusahawanan & Kerjaya, Kesejahteraan Sosial dan Modal Insan) disampaikan dan tercapai.
- Mempromosikan MITRA sebagai pusat sehenti untuk masyarakat India di Malaysia.
- Memastikan semua aduan dan maklum balas mustahak diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan.