Pihak Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) komited dalam menguruskan Geran Kewangan MITRA berdasarkan undang-undang, aturan dan peraturan yang berkaitan secara profesional dan mesra pelanggan.
KAMI BERJANJI MEMBERI PERKHIDMATAN BERIKUT :
- Memproses permohonan kelulusan Geran Kewangan MITRA dalam tempoh 90 hari bekerja.
- Membuat pemantauan program MITRA dan pengesahan ke atas ketidakpatuhan program untuk sebarang tindakan perundangan atau melaporkan kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab dalam tempoh sekurang-kurangnya 60 hari bekerja.
- Memberi maklumbalas awal kepada semua e-mel yang diterima dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh e-mel diterima;
- Memberi maklum balas awal kepada semua aduan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh aduan diterima bergantung kepada tahap kompleksiti aduan yang diterima; dan
- Memastikan pengemaskinian maklumat di laman web MITRA dilakukan apabila berlaku sebarang perubahan untuk pemakluman pemegang taruh.