SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MITRA

MYHRMIS MOBILE
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
 malaysiamadani
Laman Utama Arrow Info Korporat Arrow Pejabat Ketua Pengarah
Vanakkam dan Salam Hormat,

Selamat datang ke Laman web baharu Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Apabila MITRA ditubuhkan pada 01 Januari 2019 menggantikan SEDIC, ia dipertanggungjawabkan bagi mereformasi dasar pembangunan sosioekonomi masyarakat India untuk berada seiring dengan masyarakat lain di Malaysia.

MITRA juga dizahirkan untuk merancang, membangun dan melaksana dasar malah memantau dan menilai kemajuan program bagi memastikan kesan limpahannya dapat meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat khususnya masyarakat India di Malaysia.

none
noneDesigner
Di samping itu, MITRA juga sentiasa merancang dan melahirkan pelan dan model pembangunan sosioekonomi bagi masyarakat India untuk memastikan pengagihan peruntukan pembangunan kementerian/agensi, penyelarasan kerjasama dan pemudah cara kepada pelbagai stakeholder mengenai isu-isu berkaitan sosioekonomi masyarakat India.

Laman web MITRA mengandungi pelbagai maklumat berkaitan dasar dan pelan pembangunan masyarakat India, termasuk dokumen serta maklumat yang berkepentingan awam.

Saya berharap maklumat yang dipaparkan di dalam Laman web ini bermanfaat untuk anda memahami proses perancangan pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia. Sejajar dengan komitmen MITRA untuk menjadi pusat perancangan pembangunan sosioekonomi masyarakat India di negara ini, kami berusaha gigih untuk memastikan maklumat yang dipaparkan di Laman web ini adalah terkini serta sentiasa meningkatkan tahap kualitinya seiring dengan keperluan semasa.

Kami sangat mengalu-alukan pandangan anda mengenai kualiti dan tahap kegunaan Laman web MITRA. Anda dijemput untuk menjadi tetamu dan melayari Laman web kami.

YBrs. Tuan Raveendran Nair A/L K. Kesavan Nair
Ketua Pengarah

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA)
Jabatan Perdana Menteri

TARIKH KEMASKINI :
UNIT TRANSFORMASI MASYARAKAT INDIA MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI
Aras 4, Setia Perkasa 5, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
03-8886 6221; 03-88866365; 03-88866337; 03-88866285; 03-88866020; 03-88866150.
infomitra[at]jpm[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fb rss
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal MITRA memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?