SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MITRA

FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
bersama hentikan wabak
Laman Utama Geran MITRA Geran Kewangan MITRA

Geran Kewangan MITRA

  1. Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) adalah salah sebuah agensi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang diwujudkan bagi melaksanakan program-program meningkatkan sosioekonomi dan taraf hidup masyarakat India di Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah dan miskin tegar B40.
  2. Pelaksanaan program-program ini adalah dengan menggunakan peruntukan pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan kepada MITRA melalui KPN di bawah butiran program Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI).
  3. Pelaksanaan program-program ini adalah berdasarkan kelulusan dan perincian Skop yang telah diluluskan bagi mencapai matlamat serta objektif yang telah ditetapkan.
  4. KPN bertindak sebagai Urus Setia dan mengawal selia penyaluran peruntukan pembangunan KPN termasuk penyaluran geran bagi tujuan pelaksanaan PPSMI di bawah MITRA.
  5. Terdapat skop (3) skop PPSMI seperti berikut:
    1. Program Pembangunan Modal Insan Masyarakat India
      • Menyediakan program pendidikan latihan, biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan bagi menampung yuran pengajian kepada masyarakat India terutamanya golongan B40.
    2. Program Pembangunan Keusahawanan dan Kerjaya Masyarakat India
      • Menyediakan latihan peningkatan kapasiti dan kapabiliti bantuan kewangan kepada masyarakat India dalam bidang keusahawanan; dan
      • Memainkan peranan sebagai fasilitator dari segi bidang kerjaya dan membantu masyarakat India untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang saksama dalam sektor kerajaan dan swasta.
    3. Program Pembangunan Sosial dan Kebajikan, Kerohanian dan Kesejahteraan Masyarakat India
      • Menyediakan program transformasi minda masyarakat India dan program kesedaran bagi membasmi gejala sosial dalam kalangan masyarakat India Malaysia; dan
      • Menyediakan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI

UNIT TRANSFORMASI MASYARAKAT INDIA MALAYSIA
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 6, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8198
infomitra[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fb rss
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal MITRA memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?