SISTEM PENGURUSAN GERAN MITRA

Cabaran semasa Masyarakat India Malaysia

Budaya, agama dan kerohanian adalah penentu penting dalam merealisasikan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan masyarakat India Malaysia yang berjaya dan produktif. Masyarakat India memerlukan asas yang kukuh untuk dipegang agar dapat terus maju dalam setiap aspek kehidupan. Agama, kerohanian dan budaya memainkan peranan penting dalam membentuk dan mewujudkan komuniti matang dan berdisiplin yang menegakkan nilai-nilai kemanusiaan dalam semua lapisan masyarakat. Masyarakat India Malaysia sendiri terdiri daripada pelbagai kepercayaan, agama dan budaya. Menyatupadukan masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kepercayaan ini adalah cabaran yang terbesar. Kemajuan dalam menyemai aspek agama dan kerohanian akan menjadi halangan yang terbesar tetapi ianya sangat penting dalam mewujudkan sebuah komuniti harmoni yang berfikiran sama, mempunyai nilai-nilai teras kemanusiaan dan  moral yang baik serta menegakkan budaya, agama dan kerohanian.

Kriteria Program

Syarat-syarat Wajib

  • Diperbadankan di bawah ROS / KBS / ROC dan sebagainya.
  • Ahli Jawatankuasa mesti mempunyai pengalaman minimum sebanyak 3 tahun dalam bidang berkaitan.

»More»

    • Nilai kemanusiaan dan latihan pembentukan peribadi mesti digabungkan di dalam modul program.
    • Program mesti dijalankan oleh ahli sendiri di mana sukarelawan dan khidmat luaran adalah dilarang sama sekali.
    • Sekiranya sesebuah entiti itu pernah menerima dana dari SEDIC sebelum ini, prestasi NGO / organisasi tersebut akan diambil kira dalam proses penilaian.

     

     

    Syarat-syarat Pilihan

    NGO bertanggungjawab untuk:

    • Mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam menyediakan perkhidmatan dan bimbingan kepada kumpulan sasaran dalam kawasan keutamaan.
    • Mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat nasional, negeri atau tempatan dan mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap keperluan kumpulan sasaran.
    • Mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berkepentingan dalam kawasan keutamaan.

»Hide»

Bagaimana anda boleh membantu
  • Menghasilkan masyarakat India Malaysia yang holistik dari segi fizikal, emosi, kerohanian dan transformasi intelektual.
  • Menghasilkan lebih banyak individu yang berpendidikan agama dan menggunakan ajaran agama dalam kehidupan seharian.

»More»

  • Membantu orang India dalam mempelajari dan menerokai ilmu dan pengetahuan keagamaan dalam bentuk tutorial dan kelas bimbingan agama.
  • Menyediakan tempat ibadat dan kemudahan seperti dewan dan pra-sekolah kepada masyarakat India untuk menerokai pengetahuan keagamaan, menghadiri kelas agama dan seni berasaskan keturunan India serta menjalankan kegiatan atau program keagamaan dan kerohanian.
  • Menghasilkan masyarakat India yang memahami budaya dan adat mereka untuk pembawaan diri dan harga diri yang positif.
  • Meningkatkan minat dan penyertaan dalam dalam sukan berasaskan etnik tradisional seperti Kabadi dan Silambam.

»Hide»

Output & Hasil Program

Output

  • Bilangan individu yang memahami dan mengamalkan kaedah ibadat yang betul di dalam dan di luar tempat ibadat.
  • Peningkatan dalam bilangan kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang mempelajari serta menghargai bahasa ibunda mereka.

»More»

    • Peningkatan dalam sumbangan sosial dari kuil dan rumah ibadat India yang lain terhadap masyarakat.
    • Memupuk kebanggaan menerusi masyarakat India yang berjaya untuk memberikan motivasi kepada pelajar dan belia dalam mencapai cita-cita mereka.

     

    Hasil

    • Keupayaan individu untuk memahami pentingnya identiti diri, budaya, dan agama.
    • Pengwujudan komuniti India Malaysia yang tinggi dalam daya fikir, nilai-nilai kemanusiaan dan agama serta pengetahuan kerohanian, untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
    • Masyarakat yang matang yang menegakkan nilai moral tertinggi ke arah pembinaan negara.
    • Mewujudkan masyarakat India yang sedar dan prihatin terhadap pengetahuan keagamaan yang menyeluruh untuk perkembangan kerohanian dan akal.

»Hide»