PERMOHONAN GERAN KEWANGAN MITRA

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

  1. Bagaimana permohonan Geran Kewangan MITRA dilaksanakan bagi tahun 2020?
    Permohonan geran kewangan MITRA bagi tahun 2020 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Pihak MITRA tidak akan melayan mana-mana permohonan yang dihantar secara manual. Sila layari laman web MITRA bagi maklumat lanjut.
  2. Bagaimana untuk memohon Geran MITRA secara atas talian (online)?
    LANGKAH 1 : Sila layari laman web MITRA (KLIK DI SINI)
    LANGKAH 2 : Sila cari tab Sistem Pengurusan GeranGRANT MANAGEMENT SYSTEM
    LANGKAH 3 : Di bawah tab Sistem Pengurusan Geran “GRANT MANAGEMENT SYSTEM”, sila klik pada pautan LOGIN
    LANGKAH 4 : Di halaman login M-GMS, sila klik pautan “CREATE ACCOUNT” dan sila lengkapkan  bahagian pendaftaran (sekiranya anda adalah pengguna baru)
    LANGKAH 5 : Sila klik butang SIGN IN dan klik pada  “NEW APPLICATION” untuk meneruskan permohonan.
    Nota: Sila layari laman web MITRA dan klik pada tab SISTEM PENGURUSAN GERAN-MITRA “MITRA-GRANT MANAGEMENT SYSTEM”. Sila rujuk pada pautan GARIS PANDUAN @ “GUIDELINE” untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara permohonan Geran Kewangan MITRA.
  3. Siapakah yang layak untuk membuat permohonan Geran Kewangan MITRA?
    Berikut adalah pihak-pihak yang berkelayakan:-
    – Badan Bukan Kerajaan (NGO)
    – Syarikat / Peniagaan
    – Koperasi
    – Yayasan
    – Mana-mana entiti yang berdaftar dengan kerajaan
  4. Apakah Tarikh Mula dan Tarikh Tutup bagi permohonan Geran Kewangan MITRA?
    – Tarikh Mula – 20hb Januari 2020
    – Tarikh Tutup – 29hb Februari 2020
    Nota: Pihak MITRA akan memaklumkan secara berperingkat bagi mana-mana permohonan yang berjaya, bermula pada 16hb Mac 2020.
  5. Adakah saya perlu melengkapkan kesemua maklumat yang diminta di bahagian A hingga bahagian F?
    Ya, anda perlu melengkapkan kesemua maklumat, terutamanya soalan-soalan yang terdapat tanda “*”– wajib diisi.
  6. Sekiranya saya tidak menerima e-mel pengesahan semasa membuat perdaftaran akaun, apakah yang saya harus lakukan?
    Sila lihat di folder SPAM di e-mel anda. Sekiranya tidak berjaya, sila rujuk pada alamat e-mel yang didaftar atau sila hubungi MITRA di talian 03-88866262 / 6322 atau melalui e-mel infomitra@perpaduan.gov.my .
  7. Apakah yang saya perlu buat sekiranya saya lupa kata laluan “password” account M-GMS?Sekiranya anda lupa kata laluan “password” account M-GMS anda, anda perlu klik pada pautan Lupa Kata Laluan “Forgot Password” dan masukkan alamat e-mel anda yang didaftarkan dan system akan menghantar pautan kepada e-mel anda untuk menetapkan semula kata laluan tersebut.
  8. Apakah maksud bagi terma-terma berikut?
    SEKSYEN TERMA PENJELASAN
    Seksyen A Ahli Organisasi

    “Organization Member”

    Merupakan bilangan ahli organisasi atau pekerja yang terdapat dalam organisasi anda.
    Pernah menerima geran

    “Received Grant(-s)?”

    Sekiranya anda pernah menerima geran sebelum ini, anda dikehendaki untuk memilih jenis geran yang pernah diterima atau masih lagi menerima dengan menyatakan amaun geran tersebut dalam Ringgit Malaysia (RM) serta tahun penarimaan geran tersebut.
    Jalinan Kerjasama “Collaboration” Anda perlu menyatakan bahawa adakah organisasi anda pernah menjalinkan atau masih menjalini kerjasama dengan agensi kerajaan / swasta / NGO.
    Anugerah

    “Award(-s)”

    Pernahkah organisasi anda menerima anugerah atas pencapaian tertentu seperti Anugerah Kemanusiaan Malaysia / Anugerah Merdeka / dsb.
    Penerbitan

    “Publishing”

    Pernahkah organisasi anda menerbitkan apa-apa penerbitan seperti buku / majalah / artikel / surat khabar dan lain-lain.
    Seksyen B Bidang “Area” -Lain-Lain “Others” Bidang lain-lain merujuk kepada program yang berbentuk sumbangan/projek pembangunan & bukan berbentuk program yang tidak dapat dipadankan dengan mana-mana 4 bidang utama.

    Contoh :

    Nota: Sekiranya pemohon menggunakan pilihan ini, pemohon harus memuat naik kertas cadangan projek selepas memilih bidang ini. Pihak MITRA ingin memaklumkan jika kertas cadangan yang muat naik tidak menepati skop bidang ini, pihak MITRA akan menolak permohonan anda dengan menasihati bidang yang sesuai bagi kertas cadangan tersebut.

    Penyataan Masalah “Problem Statement” Menyatakan masalah atau isu yang timbul menyebabkan anda ingin mencadangkan program ini.

    Contohnya: Isu masyarakat India Malaysia pada masa kini.

    Tujuan

    “Purpose”

    Sila nyatakan tujuan / objektif mengapa anda mencadangkan program ini serta apa yang ingin dicapai dalam program tersebut.
    Modul

    “Modules”

    Rangka modul yang akan digunakan perlu dijelaskan secara ringkas bagi program yang dicadangkan.
    Kumpulan Sasaran

    “Target Group”

    Sila nyatakan kumpulan sasaran yang disasarkan melalui program yang dilaksanakan dari samada peserta terdiri daripada golongan B40, M40 atau T20 serta menyatakan kumpulan sasaran secara khusus seperti Ibu Tunggal, Pelajar Lepasan SPM, Pelajar Sekolah Menengah, Graduan atau Pelajar Tercicir.
    Kaedah

    “Method”

    Sila nyatakan kaedah yang akan digunakan untuk melaksanakan program anda samada pengajaran dalam kelas, latihan praktikal, latihan luar kelas dsb
    Sekiranya keadah yang digunakan tidak tersenarai, sila pilih lain-lain dan sila nyatakan kaedah yang anda gunakan.
    Hasil

    “Outcome”

    Hasil atau pencapaian peserta selepas menamatkan program yang dicadangkan. Contohnya: Peserta program latihan ABC mendapat penempatan kerja di syarikat ABCD dengan pendapatan sebanyak RM3,500 sebulan
    Pengeluaran

    “Output”

    Pencapaian serta-merta selepas tamat program yang dicadangkan. Contohnya: 100 peserta program akan menamatkan program dan mendapat persijilan program XZY.
    Kaedah Penilaian

    “Evaluation method”

    Bagaimana organisasi anda menilai kualiti program anda dengan mengambilkira 4 fasa iaitu (Perancangan, Pelaksanaan, Penamatan & Laporan). Penilaian boleh menggunakan kaedah kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya dan perlu diberi penjelasan
    Akreditasi

    “Accreditation”

    Nyatakan persijilan (Penyertaan, Kompetensi atau Pengiktirafan) yang akan diterima oleh peserta program yang dicadangkan. Contoh 1- Sijil SKM Tahap 2, Contoh 2 – Sijil UMCCED.
    Pautan YouTube pembentangan video?

    “Video presentation YouTube link”

    Organisasi perlu menyediakan satu video pembentangan kepada MITRA mengenai “Mengapa MITRA harus menganugerahkan geran kepada organisasi anda”. Video tersebut harus dimuat naik dalam aplikasi Youtube.
    (Sila privasikan video tersebut)
    Section E Lain-lain Perbelanjaan – Dengan Formula

    “Others – With Formulation”

    Pemohon boleh memasukkan perbelanjaan lain selain daripada perbelanjaan makanan. Bahagian ini telah diformulasi dimana pemohon hanya perlu mengisi tajuk perbelanjaan, kos seunit, jumlah orang/unit/jam, kekerapan/jumlah hari dan jumlah kos bagi perbelanjaan tersebut akan dikira secara automatik.
    Lain-lain Perbelanjaan – Tanpa Formula

    “Others – Non formulation Table”

    Pemohon boleh menggunakan bahagian ini sekiranya, pemohon kurang pasti mengenai pecahan perbelanjaan. Bahagian membenarkan pemohon untuk mengisi tajuk perbelanjaan, jumlah kos bagi perbelanjaan tersebut dan pemohon perlu memberikan justifikasi ke atas perbelanjaan tersebut.

     

  1. Adakah saya perlu mengisi maklumat Tenaga Pengajar? Dan jika, saya tidak mempunyai maklumat tenaga pengajar boleh saya meneruskan permohonan saya?
    Anda digalakkan untuk mengisi maklumat tenaga pengajar. Sekiranya, anda tidak mempunyai maklumat tenaga pengajar, sistem M-GMS masih membenarkan anda untuk meneruskan permohonan dengan syarat, anda wajib melengkapkan bilangan tenaga pengajar yang berada dibawah bahagian C.
  1. Sekiranya program saya tidak memerlukan tenaga pengajar, bolehkah saya meneruskan permohonan saya?
    Ya, anda boleh meneruskan permohonan anda dengan mengisi angka “0” di ruang bilangan tenaga pengajar, fasilitator dan sukarelawan yang berada di bawah bahagian C.
  1. Bagaimana saya harus mengisi maklumat berkaitan Seksyen D1: Bilangan Lokasi & Peserta?Anda perlu mengisi bilangan peserta mengikut lokasi dan anda perlu menyatakan nama lokasi secara spesifik. Contohnya: Dewan Serbaguna Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor dan bilangan peserta adalah seramai 100 orang.
  1. Bagaimana saya boleh pergi ke bahagian yang sebelumnya (Previous Section)?
    Anda perlu skrol ke bawah dan cari butang SEBELUM “Previous” untuk pergi ke bahagian yang sebelumnya.
  1. Bagaimana cara untuk pergi ke halaman utama?
    Cara 1 : Sekiranya anda perlu pergi ke halaman utama semasa mengisi borang permohonan, anda perlu melengkapkan bahagian tersebut dan klik pada butang SIMPAN & KELUAR “save & exit”.
    Cara 2: Pada bahagian atas borang permohonan, anda boleh melihat perkataan “HOME / DASHBOARD / APPLICATION / NEW APPLICATION” dan klik pada “DASHBOARD” untuk pergi ke halaman utama
  2. Apakah kapasiti untuk memuat naik dokumen dalam bahagian B dan Bahagian F?
    Bahagian B – Kapasiti dokumen yang dimuat naik mestilah kurang dari lima megabit (5mb)Bahagian F – Kapasiti setiap dokumen yang dimuat naik mestilah kurang dari dua megabit (2mb)
  3. Adakah saya perlu memuat naik penyata bank  di Bahagian F?
    Ya, anda perlu sertakan penyata bank bagi tiga (3) bulan di bahagian F. Bagi organisasi yang baru didaftarkan dan berusia kurang dari 3 bulan, sila berikan salinan pengaktifan akaun oleh bank.
  4. Sekiranya saya telah menghantar pemohonan saya tetapi saya mempunyai pembetulan dalam pemohonan yang telah dibuat. Adakah saya boleh mengemaskini permohonan saya?
    Sistem MGMS tidak membenarkan anda untuk mengemaskini permohonan anda yang terdahulu. Bagi sebarang pembetulan dalam permohanan hendaklah dihantar melalui permohonan yang baru serta memaklumkan kepada pihak MITRA bahawa permohonan yang terdahulu tidak digunapakai (sila berikan nombor rujukan permohonan tertera di bahagian atas borang permohonan.
  5. Adakah Pihak MITRA akan melakukan pemeriksaan latar belakang ke atas organisasi saya?
    Ya. Dengan mengemukakan permohonan geran kewangan ini, organisasi bersetuju untuk memberi kebenaran secara automatik dan/atau kebenaran bertulis kepada MITRA untuk melakukan pemeriksaan latar belakang ke atas organisasi sebagai salah satu langkah dalam proses penilaian permohonan. Pihak MITRA juga berhak mengikut budi bicaranya yang mutlak, untuk membatalkan kelayakan mana-mana organisasi yang gagal membenarkan pemeriksaan latar belakang organisasi. Pemerkasaan latar belakang oleh MITRA dengan agensi kerajaan dan unit berikut:
    a) Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)
    b) Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF)
    c) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
    d) Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
    e) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
    f) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (KOPERASI)
    g) Credit Tip Off System (CTOS)
    h) dan lain-lain
  6. Apakah akan berlaku sekiranya saya tidak memberikan maklumat yang betul atau dokumen sokongan yang sahih?
    MITRA berhak untuk tidak mempertimbangkan mana-mana permohonan sekiranya permohonan tersebut tidak disertakan dengan dokumen yang lengkap, maklumat yang diberikan tidak sahih / betul atau pun sekiranya hasil pemeriksaan latar belakang tidak memuaskan.
  7. Sekiranya permohonan saya tidak berjaya, adakah MITRA akan memberi sebab penolakan dan bolehkah saya kemukakan rayuan?
    MITRA tidak akan menyatakan sebab penolakan dan keputusan MITRA adalah muktamad serta sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  8. Bolehkah saya mencetak borang permohonan yang diisi melalui atas talian?
    Ya, anda boleh mencetak borang permohonan anda dengan menekan butang “Generate Report” untuk melihat borang permohonan anda. Pihak MITRA tidak memerlukan cetakan borang permohonan tersebut.
  9. Apakah web pelayar (web browser) yang sesuai diggunakan untuk memohon M-GMS?
    Web pelayar yang sesuai diggunakan ialah Google Chrome version 48.x & keatas, Mozilla Firefox 49,x & keatas dan Safari 9.x & keatas dan Internet Explorer. Penggunaan saiz resolusi skrin terbaik adalah 1920 x 1080.
  10. Sekiranya saya tidak boleh mengakses laman sesawang M-GMS, apakah saya perlu lakukan?
    Anda perlu bersihkan cache dan cookies dalam web pelayar (Web Browser). Sila tekan pautan dibawah untuk mengetahui langkah bersihkan cache dan cookies:
    Google Chrome: https://support.google.com/accounts/answer/32050?co=GENIE.Platform%3DDesktop&hl=enMicrosoft Explorer/Edge: https://support.microsoft.com/en-my/help/17442/windows-internet-explorer-delete-manage-cookies
  11. Saya pernah mendaftar pada tahun 2019 melalui atas talian untuk memohon geran, bolehkah saya menggunakan akaun yang sama untuk mendaftar pada tahun 2020?
    Tidak. Segala maklumat dan akaun yang pernah diggunakan pada tahun 2019 tidak lagi diggunapakai. Sehubungan itu, anda harus membuka akaun baru menggunakan Sistem Pengurusan Geran MITRA (M-GMS).
  12. Apakah yang dimaksudkan dengan laporan aktiviti di Seksyen F dan sekiranya saya tidak mempunyai laporan tersebut bolehkah saya meneruskan permohonan saya?Laporan Aktiviti juga dikenali dengan istilah  Laporan Tahunan (Annual Report) adalah laporan komprehensif mengenai aktiviti sesebuah organisasi sepanjang tahun sebelumnya. Laporan tahunan bertujuan untuk memberikan maklumat ahli-ahli organisasi dan orang lain yang ingin megetahui aktivitiUntuk organisasi yang berdaftar dibawah RoS,sila muat naik laporan aktiviti yang telah dihantar kepada RoS.Manakala organisasi yang berdaftar selain daripada RoS, sila muat naik laporan aktiviti mengikut format organisasi anda dan laporan tersebut mestilah mendapat pengesahan daripada Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan dan Setiausaha/Setiausaha Organisasi.Sekiranya anda tidak mempunyai laporan aktiviti, anda harus menyediakan laporan tersebut dan muat naik ke dalam sistem. Bagi organisasi yang baru didaftarkan dan berusia kurang dari 1 tahun, sila berikan justifikasi mengapa anda tidak mempunyai laporan aktiviti dan muat naik dokumen tersebut ke dalam sistem Seksyen F. Had saiz muat naik dokumen tidak boleh melebihi 2mb.

    -TAMAT-