SISTEM PENGURUSAN GERAN MITRA

Cabaran semasa Masyarakat India Malaysia

Bagi merealisasikan misi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman masyarakat yang berbilang kaum, ketidaksamaan pendapatan dalam kalangan masyarakat India Malaysia mesti diperbaiki. Masyarakat India memerlukan pendedahan yang meluas terhadap program-program pemerkasaan bagi menghasilkan individu yang berkemahiran tinggi serta melahirkan usahawan baru agar dapat meningkatkan keupayaan keusahawanan sedia ada untuk menangani jurang ketidaksamaan kekayaan. Maka, pembangunan modal insan adalah  penting dalam menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ketersediaan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi adalah penting untuk menyokong peralihan semua sektor ekonomi ke arah aktiviti berintensifkan pengetahuan.

Kriteria Program

Syarat-syarat Wajib

  • Diperbadankan di bawah ROS / KBS / ROC / KKM /KPM atau Koperasi.
  • Ahli Jawatankuasa mesti mempunyai pengalaman minimum sebanyak 3 tahun dalam bidang berkaitan.

»More»

Syarat-syarat Pilihan

NGO bertanggungjawab untuk:

  • Memberikan latihan dan bimbingan kepada kumpulan sasaran untuk melengkapkan diri mereka dengan ciri-ciri keusahawanan, pengetahuan, kemahiran dan etika perniagaan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dengan mengambil peluang perniagaan yang disediakan oleh kerajaan, badan berkanun dan industry-industri yang lain.
  • Melaksanakan program inkubator keusahawanan untuk meningkatkan pendapatan dalam kalangan usahawan mikro terutamanya dari golongan B40 dan M40 (keutamaan diberikan kepada program kerjasama dengan agensi kerajaan / badan berkanun dan industri seperti MED, MDEC, MAGIC).
  • Melaksanakan program yang memperkasa dan mendorong wanita untuk menceburi bidang perniagaan dan juga bekerja di sektor kerajaan dan swasta.
  • Menubuhkan platform / pangkalan data rangkaian bantuan bersama dalam kalangan usahawan India untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro India dari segi bantuan kewangan, rangkaian pasaran dan rangkaian eksport.
  • Memberikan pendedahan kepada kemudahan kewangan dan bantuan pinjaman yang dapat diakses oleh usahawan India serta membimbing dan memantau prestasi perniagaan mereka.
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan, badan berkanun dan industri yang berkaitan (contohnya MOHR, HRDF, KBS, MOE, MED) untuk: –
  1. Memberi khidmat kaunseling, bimbingan dan latihan kemahiran bertauliah khususnya kepada belia melalui program latihan penempatan serta perantisan, berdasarkan potensi semasa industri atau sektor.
  2. Menyediakan bimbingan dan latihan kerjaya seperti kesedaran megenai fungsi jawatan yang dimohon, kemahiran menghadiri temuduga serta kecekapan komunikasi kepada golongan muda yang telah mengemukakan permohonan untuk jawatan di sektor awam atau swasta.
  • Menyebarkan maklumat melalui jerayawara (roadshow), media cetak, radio, TV dan / atau peluang pekerjaan dalam sektor awam mahupun swasta yang merangkumi syarat kelayakan, gred dan skim gaji, peluang dalam pelbagai agensi, tanggungjawab utama, skop kerja, dan proses permohonan yang diperlukan supaya maklumat utama disampaikan sepenuhnya kepada kumpulan sasaran iaitu golongan B40 India.
  • Mempunyai rangkaian data peserta (B40 / M40) yang terperinci dan kefahaman yang sangat mendalam terhadap keperluan komuniti sasaran;

»Hide»

Bagaimana anda boleh membantu
  • Membantu masyarakat India Malaysia terutamanya golongan B40 yang berpotensi untuk menjana pendapatan dan meningkatkan keupayaan mereka untuk bertahan dan mengatasi kemiskinan;

»More»

  • Menghasilkan lebih ramai usahawan India dalam pelbagai sektor perniagaan dan industri berpotensi tinggi [contohnya ICT, Aeroangkasa, Marin, Teknologi Hijau, Minyak & Gas, Makanan & Minuman, Fesyen, Tekstil, Automotif, Pertanian Moden, E-dagang, Pelancongan, Logistik dan Rantaian Bekalan, dan sebagainya];
  • Membantu dan memberi sokongan berterusan kepada usahawan India dari golongan B40 dan M40 dalam mengembangkan perniagaan mereka dan meningkatkan daya saing syarikat mereka di samping membantu mewujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan, terutamanya kepada belia.
  • Mendidik dan meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan dan organisasi kepada usahawan mikro yang baru dan sedia ada.
  • Memupuk dan menggalakkan amalan menabung dan melabur terutamanya untuk keluarga berpendapatan rendah.
  • Memperkasakan ibu tunggal, orang kurang upaya, bekas banduan dan pelajar yang keciciran dari sekolah / universiti untuk menyertai pembangunan ekonomi dan kekayaan.
  • Mewujudkan kesedaran dan memastikan ketersediaan masyarakat India Malaysia dalam mencari peluang kerjaya di sektor kerajaan dan swasta.

»Hide»

Output & Hasil Program

Output

  • Memastikan penyertaan minimum sebanyak 90% sentiasa dicapai untuk setiap program.
  • Bilangan syarikat berdaftar yang aktif dan bilangan syarikat milikan penuh atau sebahagiannya oleh masyarakat India Malaysia.

»More»

  • Bilangan usahawan baru yang dilahirkan dalam bidang ekonomi utama.
  • Bilangan usahawan yang memahami kepentingan keusahawanan dan bersedia untuk mengubah kaedah perniagaan mereka ke suatu sistem yang lebih maju.
  • Bilangan penggunaan platform perniagaan atas talian sebagai suatu peralatan tambahan untuk meningkatkan sumber pendapatan.
  • Bilangan penempatan kerja melalui program peningkatan kemahiran dan kerjasama dengan majikan korporat dan perindustrian.

 

Hasil

  • Peningkatan dalam pendapatan bulanan / isi rumah yang diperolehi oleh peserta selepas menghadiri program tersebut.
  • Peningkatan dalam aktiviti Penyelidikan & Pembangunan (R&D) dan aplikasi inovatif dalam perniagaan yang semakin berkembang.
  • Peningkatan dalam pendapatan tahunan bagi syarikat berdaftar yang dimiliki (keseluruhannya / sebahagiannya) oleh kaum India Malaysia.
  • Peningkatan dalam penyertaan dan kejayaan penarafan oleh sub-sektor merentasi perniagaan yang berbeza.
  • Peningkatan dalam kejayaan menarik dan mengekalkan usahawan yang aktif untuk sesuatu tempoh tertentu.
  • Kemajuan dalam struktur organisasi dan pemerolehan kemahiran berbanding dengan keperluan semasa sesebuah jawatan tersebut;

»Hide»