DASAR & PERANCANGAN

Dasar dan Perancangan

Seksyen ini menyelia perancangan strategik, penggubalan dan kajian semula dasar-dasar yang berkaitan dengan pembangunan sosioekonomi komuniti India. Seksyen ini juga turut memberi input kepada pihak berkepentingan mengenai arah tuju MITRA dari segi inisiatif, projek dan program yang dijalankan oleh unit ini secara keseluruhannya.

Perancangan Strategik

Perancangan Polisi

Penyelidikan & Pembangunan

Audit & Tahap Kepatuhan

Focal Point MITRA

Urusan Pentadbiran

 

  • Menerajui penyelidikan yang tepat, relevan dan komprehensif untuk pembangunan aktiviti / program MITRA.
  • Memastikan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India adalah inklusif menerusi kerjasama dan input daripada sektor-sektor yang berkaitan.
  • Memastikan Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk empat teras utama (Pendidikan & Latihan, Ekonomi & Kerjaya, Kesejahteraan Sosial dan Identiti & Keterangkuman) disampaikan dan tercapai.
  • Mempromosikan MITRA sebagai pusat sehenti untuk masyarakat India di Malaysia.
  • Memastikan semua aduan dan maklum balas mustahak diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan.