KETUA PENGARAH MITRA BERTEMU DENGAN PENGURUS KANAN ASEAN AMAZON WEB SERVICES (AWS) SINGAPURA DAN WAKIL INTELLIZE SDN BHD

KETUA PENGARAH MITRA BERTEMU DENGAN PENGURUS KANAN ASEAN AMAZON WEB SERVICES (AWS) SINGAPURA DAN WAKIL INTELLIZE SDN BHD

Tarikh: 5 Disember 2019
Masa : 5.00pm – 6.30pm
Lokasi : Bilik Mesyuarat MITRA

Pengurus Kanan ASEAN AWS, Encik Emmanuel Pillai telah berkunjung ke pejabat MITRA utuk berjumpa dengan Ketua Pengarah MITRA, En. Mahalingam Maniam.

Encik Emmanuel telah menerangkan mengenai potensi menjalankan program yang berkaitan dengan aspek-aspek IR4.0 khususnya ‘cloud services’ dan ‘cloud computing’ yang diakreditasi oleh AWS dan diiktiraf di arena antarabangsa. Selain itu, program upskilling yang khusus untuk belia India yang akan membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih baik juga telah dibincangkan.

Satu kerjasama strategik antara MITRA, AWS dan Intellize Sdn Bhd akan dijalin untuk merancang program dan insiatif yang akan membawa manfaat kepada golongan belia dan graduan India.