Kunjungan Hormat YBrs. Tuan Prabagaran A/L Ganapathy, Ketua Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan delegasi kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia dalam mengukuhkan kerjasama strategik dan sinergi antara DOSM dan MITRA, JPM selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Tujuan kunjungan hormat oleh MITRA, JPM adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat DOSM dalam penyelarasan profiling data yang berkaitan dengan masyarakat India di Malaysia.
Semoga kerjasama dan hubungan strategik ini dapat memperkukuhkan Sistem Statistik Negara